sinopsis bisikanlah cinta

JULIA… Aku masih mencintai dia, walaupun cinta itu telah usang. Jujurku akui, aku turut merasai kehadiran dirimu dalam hidupku. Tetapi aku harus menolaknya jauh, sebab sudahku nekad hatiku hanya untuk dia. Aku terlalu mendambakan kalimah cintanya, namun aku tak memahami mengapa harus ada cemburu di hatiku untukmu? Tolong, bisikkanlah cinta, agar aku bisa menjawab segala teka-teki.

ELYANA… Setiap kali nafazku hela, hanya namamu yangku seru. Dan disaat kakiku melangkah, bayangmu sentiasa mengekori. Cintaku indah, tetapi kau tak pernah memahami. Mawar yang mekar kian berduri, madu yang manis kini menjadi racun. Dan andaiku tak mampu memilikimu, tak mungkin ada insan yang bisa mendakapmu. Kerana bisikan cintamu hanya untukku!

DANNY… Sejarah silam sering menghantui diriku, namun kepedihannya tersimpan jauh disudut hati. Hanya aku seorang yang merasa, dan disebabkan itu yang telah menghayutkan aku ke dunia ciptaan sendiri, iaitu dunia yang tiada cinta dan air mata. Sehingga aku sering kali mengganggap bahawa perempuan itu hanya menyusahkan! Jadi untuk apa sebuah bisikan cinta?

NIEZAM… jangan kau jadikan kisah lalu ku sebagai alasan untuk menjauhkan diri dariku. Tahukah kau bertapa dalamnya cintaku padamu? Aku sanggup berubah demi mu sayang, aku berjanji akan memberikan kebahagiaan kepadamu kasih. Namun mengapa kau tidak pernah ingin mendengar bisikan cintaku? Kenapa kau tidak pernah untuk cuba mengerti keikhlasan hatiku?

PERSOALAN demi persoalan merasuk minda, kekecewaan sering menghantui diri. Sedangkan rindu dihati kian bernanah. Benarlah! cinta memerlukan sebuah pengorbanan… tidak semua mampu memiliki kebahagiaan, kerana dugaan sering menguji kita, dan air mata duka pasti mengalir jua. Kerana realiti tidak seindah mimpi, namun sebuah mimpi indah tidak semanis realiti. Dan mampukah kita mengecapi kasih suci tanpa sebuah bisikan cinta?

Friday, January 6, 2012

bisikkanlah cinta bab 10


PANGGG…!!!
         “Ini sebab kau permainkan Shiela! Dan ini pulak sebab Shiela tu kawan aku!!” tangannya cuba dihayunkan sekali lagi tetapi pantas disambar oleh Niezam.
         “Kau ni kenapa?” soal Niezam separa terkejut.
         “Lepaslah!” bentak Julia apabila Niezam mencengkam erat tangannya. Julia cuba menarik tangannya tetapi tidak berjaya.
         “Suka-suka kau aje tampar aku, kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu aje?!”
         “Sakitlah!!” tekan Julia. Dia mula meronta.
         “Niezam, lepaskan tangan dia,” sampuk Danny.
         “Kau jangan nak jadi ‘hero’lah!”
         Spontan Danny menyentap tangan Julia dari cengkaman Niezam.
         “Kau berpihak pada perempuan ni?” soal Niezam yang semakin tak dapat nak kawal perasaan. Dia memandang sekeliling, ternyata ramai yang sedang menyaksikan drama yang terjadi antara mereka. “Kau pergilah dengan dia!” marah Niezam lantas terus berlalu pergi.
         Danny mengerut dahi. ‘Apa yang aku buat ni?’ soal hatinya. Dia mula terasa kesal.
         Julia menghela nafas. Kemarahannya pada Niezam masih tidak terbalas, dia masih belum puas hati. “Itu baru sikit! Aku nak dia serik dari terus kecewakan hati perempuan!” bebel Julia geram.
         Danny menjeling tajam ke arah Julia. “Licik betul kau kan?” soalnya dengan suara sedikit ditekan. Bimbang jika dia tidak dapat mengawal kemararahannya, wajahnya mula kemerahan. Terasa dirinya telah terpedaya dengan helah gadis kampung itu yang bukan main merayu nak berjumpa dengan Niezam, ingatkan ada hal penting. Rupa-rupanya… sungguh memalukan!
         “Dahlah, saya nak balik,” balas Julia langsung tak mempedulikan kemarahan yang bergelora dihati Danny.
         “Kau balik sendiri!” tegas Danny lantas berlalu meninggalkan Julia. Tangannya digempal erat.
         Julia terkesima. Permergian Danny hanya diekori dengan pandangannya sahaja, sehinggalah lelaki itu masuk ke dalam kereta dan kereta itu meluncur laju. ‘Dia betul-betul tinggalkan aku? Aku nak balik dengan apa ni?’ bisik hati kecilnya. Bagai tak percaya lelaki itu begitu tegar!

DANNY menghentikan keretanya ditepi jalan. Arrggghhh…! Apa yang dia fikirkan ini? Dan apa yang merasuk dalam fikirannya!! Teruskan Danny, jangan patah balik! Perempuan itu yang mencari masalah, biarlah dia menanggung padah. Baru diberi muka sedikit, dah semakin berani pijak kepala!
         Dia masih ingat lagi, bertapa gadis itu merayu agar pertemukan dia dengan Niezam, sampai sanggup menangis! Mati-mati dia fikirkan bahawa gadis itu sudah kecundang didalam jerat buaya seperti Niezam, tetapi lain pula disebaliknya. Bertapa bodohnya dia kerana mudah termakan dengan pujuk rayu perempuan kampung itu!
         “Julia… kau memang sangat melampau!!” jerit Danny sambil menghentak steering keretanya. Dia cuba bertenang, namun tidak berjaya. Dengan hatinya yang sakit, dia meneruskan perjalanannya. Pandailah perempuan itu nak hidup, siapa suruh cari pasal dengannya! Jangan harap dia akan berpatah balik!

TERJENGKET-JENGKET dia berjalan akibat kakinya yang sakit, mungkin sudah bengkak sebab jalan terlalu jauh. Sayup dia memandang rumahnya, dia mula tersenyum kelat. Penyeksaannya bakal berakhir tidak lama lagi.
         Sepanjang perjalanan itu, hatinya tidak putus-putus sumpah seranah si singa itu. Mana tidaknya, beg dompetnya boleh tercicir di dalam kereta si singa itu. Nasib dia tidak tahan teksi, kalau tidak mati dia tak tahu nak bayar macam mana. Sangkanya Danny akan berpatah balik, cukuplah hanya memulangkan dompetnya sekali pun tidak mahu menghantarnya pulang, tetapi nampaknya lelaki itu memang mahu menyeksanya.
         Niezam… Danny… Niezam… Danny…!!! Kedua-dua sahabat itu sama sahaja! Macam manalah dia boleh dipertemukan dengan dua sahabat pelik itu? Adakah dunianya akan berubah menjadi zon penyeksaan? Tidakk!!!
         Pintu rumahnya dihempas kuat bagi lepaskan kemarahan. “Arghhh..!!!” jeritnya persis orang gila. Kesabarannya telah tiada lagi kini. Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, membuatkan dia semakin hilang waras. Semua ini gara-gara Niezam! Dia terpaksa tinggal seorang diri dirumah ini kerana Shiela telah pulang ke kampung untuk menenangkan fikirannya, sampai bila dia tidak pasti.
         Tiba-tiba kelopak matanya menjadi panas, dan air jernih mula mengalir menuruni pipi ngebunya. Hatinya benar-benar sakit. Namun dia masih tidak faham, mengapa dalam kemarahan yang melanda dirinya ada terselit rasa kecewa dan terluka? Apakah dia sudah tidak waras?

KERTAS-KERTAS dihadapannya dipandang sepi. Fikirannya benar-benar kosong. Danny sudah mula dengan perangai lamanya, dingin dan panas baran! Arghh… lelaki itu memang berubah-ubah! Manakala Ika masih enggan berbaik dengannya. Malah kebencian Ika terhadapnya turut mempengaruhi rakan sekerjanya yang lain, menyebabkan dia rasa tersisih. Mana tidaknya, Anida sendiri pun sudah tidak menegurnya, kehadirannya dipejabat itu langsung tidak diendahkan. Hampir pecah kepalanya memikirkan semua ini!
          Bilakah semua ini akan berakhir? Dia tidak pasti! Terasa ingin meraung, tetapi tiada gunanya. Menangis pun, tiada siapa yang akan peduli. Ya Allah!! Beratnya ujian yang kau berikan, aku tak berdaya lagi! Rintihnya dalam hati. Hanya pada-Nya tempat dia mengadu kini.
          “Julia!”
          Julia tersentak dari lamunan lantas memandang wajah Danny yang bengis, persis seekor singa yang kelaparan.
          “Iye, ada apa?”
          “Kau dengar tak aku panggil?”
          Julia mengerutkan wajahnya. Danny panggil dia? Tetapi bila?
          “Encik panggil saya?”
          “Susahlah kalau aku dapat perkerja yang pekak macam kau!!” terking Danny hilang sabar. Suara Danny yang tinggi membuatkan ramai mata menoleh ke arah mereka.
          Sejak kejadian itu Danny bersikap lebih dingin dari biasa, pantang ada silap sedikit, memang teruklah dia kena. “Maaf,” luah Julia sebal.
          “Laporan yang aku suruh kau buat tu dah siap dah?” soal Danny.
          Laporan? Alamak! Dia terlupa.
          “Be.. belum.”
          “Kau ni memang tak gunalah!” maki Danny.
          Berdesing telinganya saat itu, Danny benar-benar marah. “Maaf..”
          “Aku taknak dengar kata maaf, no excuse me! Yang aku nak, hasil kerja kau! Ecok pagi aku nak pastikan ada lengkap kat atas meja aku, faham?”
          “Fa.. faham…”
          Pucat lesi muka Julia apabila diherdik dan dimaki sebegitu. Tambah memedihkan apabila melihat Ika sedang tersenyum mengejek memandangnya.
          “Ingat!” Danny bersuara sebelum mengatur langkah pergi dari situ.
          Sebalik sahaja Danny berlalu, Julia bergegas ke tandas. Dia tidak tahu mengapa hatinya terlalu perit dan sakit. Air matanya kian bercucuran bagaikan paip. Ya Allah, kenapa hati ini terlalu pedih. Aku betul-betul lemah! Bukankah maki hamun itu memang makanan untuk telinganya sejak melangkah masuk kerja lagi, tetapi mengapa kali ini terasa lebih memeritkan? Danny, mengapa mengingatimu sangat menyakitkan? Adakah aku sudah gila!!!

DETUMAN guruh yang kuat menyentap hati Julia. Namun digagahi jua dirinya untuk terus menaip. Sebenarnya dia benar-benar tidak dapat fokus pada kerjanya, biarlah satu jam berada di hadapan komputer sekali pun, namun satu perkataan pun tidak dapat ditaip. Otaknya seakan tak berfungsi.
          Sekali lagi bunyi petir sambar-menyambar mengejutkan dia. Tangannya mula mengigil di saat itu, bulu romanya meremang, terkumat-kamit bibirnya berzikir dan mengucap. Dia benar-benar dalam ketakutan. Matanya meliar memandang sekeliling, pejabat itu kosong! Semua sudah balik. Mana tidaknya, jam telah pun menunjukkan pukul 8 malam.
          Ya Allah, selamatkan aku! Bisik hatinya, dia berpeluk tubuh sambil memejam mata. Hujan yang lebat berserta guruh yang kuat melemahkan dirinya. Entah untuk yang ke berapa kalinya guruh berdentum lagi, tetapi kali ini lebih kuat dan mengakibatkan eletrik tiba-tiba terpadam. Mata Julia terbeliak, menjerit gadis itu. Dia pantas bangkit dan berlari tanpa hala tujuan, dalam keadaan gelap itu dia tidak dapat melihat apa-apa. Tiba-tiba satu tangan menyambarnya, menjerit gadis itu.
          Lampu menyala kembali. Mata yang dipejam rapat kini dibuka semula. Entah sedar atau tidak, dia kini berada di dalam dakapan seseorang, dan yang pasti dia turut memeluk tubuh lelaki itu. Mungkin kerana terlalu takut, dia tidak sedar yang dia telah terpeluk orang, tetapi siapa? Dengan debaran didada, pelahan dia mendongak… Tergamam!

bisikkanlah cinta bab 9



“KENAPA dengan kau ni, Ika?”
        “Kenapa apa?” soal Ika pura-pura tidak tahu.
        “Kau dingin dengan aku, kau dah tak macam dulu…”
        “Julia, aku bussylah! Tolonglah, jangan kacau aku! Kalau boleh aku taknak kau tegur aku langsung!”
        “Jangan tegur kau? Tapi kenapa?”
        “Kau tak faham bahasa ke aku cakap aku bussy!!!” terking Ika.
        Julia terdiam. “Kalau iye pun, jangan lah tak terking-terking! Tak belajar adap ke? Tak malu orang tengok?!” maki Julia lantas berlalu. Wajahnya masam.
        Ika hanya mengekori lengguk Julia dengan jelingan tajam. Hatinya terasa sakit. “Dasar perempuan tak sedar diri! Kau ingat kau cantik?” cemuh Ika pelahan.
        Julia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Entah kenapa hatinya terasa terkilan dengan sikap Ika. Sejak akhir-akhir ini, Ika selalu dingin. Jika nak kata Ika ada masalah, dengan Anida dan ‘staff’ yang lain, bukan main rancak berbual dan ketawa. Tetapi bila dengannya... Entahlah! Bukan dia tak cuba minta maaf atau berbaik, tapi setiap kali dia cuba pasti kena maki hamun. Sampai dia betul-betul tidak tahan lagi!
        “Julia,” seru Danny.
        Julia tersentak lantas berpaling memandang Danny.
        “Sebelum balik nanti, datang jumpa aku, faham?” Danny bersuara tegas lantas dia berlalu pergi. Julia hanya mengangguk.

KETUKAN pintu bergema.
        “Masuk!”
        Julia melangkah masuk, lantas duduk dihadapan meja Danny.
        “Ermm, Julia…” ujar Danny yang  mula terkial-kial. Julia semakin hairan apabila kelihatan Danny yang sedikit gelabah, macam ada benda tak kena.
        “Ada apa-apa yang tak kena ke?”
        “Tak! Erm.. aku hantar kau balik?”
        Julia kaget. “Hah?” Apa kurang waraskah dia?
        “Ikut ajelah!” bentak Danny tiba-tiba naik angin.
        Julia sedikit terkejut.
        “Barang-barang kau dah kemaskan? Kalau dah, jomlah!” sambung Danny lantas bangkit dan berlalu.
        Julia terkulat-kulat. Tiba-tiba nak marah! Memang sukar untuk memahami hati lelaki itu.
        Pintu kereta Danny ditutup pelahan sebaik sahaja dia berada di dalam perut kereta. Wajah Danny di tenung. Lelaki itu hanya bersahaja seakan tiada apa-apa yang berlaku. Julia semakin hairan, benar-benar tak dapat nak mentafsir hati lelaki itu.
        “Boleh tak kau jangan pandang aku macam tu?!” herdik Danny tak boleh tahan sabar. Wajahnya yang putih kelihatan sedikit kemerahan, antara malu atau marah… Entahlah!
        Tersentak Julia lantas mengalihkan pandangannya. Memang dia tak mampu nak layan karenah singa ni! Gila dia semakin menjadi-jadi. Apabila memandangkan dia bersama dengan orang yang tak waras, dia mula rasa kecut perut.. Ya Allah! Selamatkan aku!!!
        “Julia, tu kat belakang,” Danny bersuara pelahan dan sedikit tenang.
        Belakang? Lantas dia menoleh ke tempat duduk belakang. Tanpa berfikir panjang, tangannya terus mencapai benda tersebut. Matanya bulat.
        “Patung ni…” terlucut perkataan itu dari bibir Julia. Danny pantas menoleh ke arah Julia kemudian ke arah patung yang terdapat ditangan Julia.
        “Yela, patung tu,” ujar Danny, dia kembali memandang ke hadapan.
        Julia memandang Danny. “Mana awak jumpa patung ni?” soal Julia ingin mendapatkan kepastian.
        “Pembetulan, ‘Encik’ Danny,” tekan Danny.
        Julia gigit bibir. “Erm.. Mana ‘Encik’ Danny jumpa patung ni?”
        “Jumpa?” Danny tersenyum sinis. “Kalau kau rasa berkenan, kau ameklah,” ujar Danny acuh tak acuh.
        Mata Julia terbeliak. “Hah?”
        “If you want, just take it,” jawab Danny.
        “Betul ni?” soal Julia yang semakin ghairah.
        Danny mengangguk. “Iyelah! Tapi ada syarat.”
        Dahi Julia berkerut. “Syarat?”
        “Aku taknak kau meroyan macam hari tu, risau aku. Kalau kau nak bunuh diri, jangan dekat kereta aku. Aku taknak di suspek bunuh tanpa niat, faham?”
        Julia mengetap bibir. “Apa-apa pun, thank sebab caring tentang saya,” balas Julia.
        Danny senyum. “Bukan caring, tapi takut. Biasalah bila orang tak waras, boleh buat apa-apa aje. Tambah-tambah kalau orang tu hilang akal hanya sebab sebuah teddy bear!”
        Julia menghela nafas. Kata-kata Danny benar-benar menusuk hatinya. “What everlah! But, macam mana Encik boleh tahu tentang teddy bear ni? Means, bentuk dia, rupa dia…”
        “Kau tanyalah Ika, kalau bukan sebab teddy bear tu. Tak ada aku nak buang masa marayau dua tiga buah shopping mall, tapi hampeh! Tak jumpa.”
        “Tak jumpa? Kalau macam tu… macam mana patung ni…”
        Danny mengangguk. “Ika bagi. Patung tu ada dengan dia, last-last baru dia nak bagi,” celah Danny.
        Julia terkesima. Maknanya Ika yang sorokkan patung itu? Tetapi kenapa? Adakah… Julia meraup wajah, baru dia faham kenapa Ika dingin dengan dia. Pasti dia telah tersalah faham. “Encik Danny, sekali lagi terima kasih sebab sanggup buangkan masa awak semata-mata untuk cari teddy ini untuk saya,” ujar Julia sambil tersenyum.
        “Kau ingat aku buat semua ni free ke?”
        Wajah Julia berkerut. “Habis tu?”
        “Potong gaji kau untuk bulan ni,” balas Danny.
        Julia mengetap bibir. “Masalahnya ini memang teddy bear saya,  apa kaitannya dengan potong gaji?”
        “Minyak kereta aku, masa aku yang terbuang, dan kerja aku yang tergendala. Semua tu duit kau tahu tak?” jawab Danny angkuh.
        Wajah Julia mula masam mencuka.

“SEBAB dia kau nak dingin dengan aku?”
        “Tak, tapi sebab kau tu sendiri!”
        “Kenapa pulak?”
        “Kau ajak aku keluar, dan kau boleh pergi dekat dia macam tu aje tinggalkan aku? Kawan jenis apa kau ni?”
        “Jadi betullah sebab tu kau sorokkan Chobby aku?”
        Ika terdiam, lantas dia mengalihkan pandangannya.
        “Ika, kau tak faham keadaan aku masa tu.”
        “Aku taknak faham, okey?”
        Julia mengeluh, lantas berlalu pergi.
        Manakala Ika hanya berwajah selamba, langsung tidak memikirkan tentang perasaan Julia. Baginya, kesakitan Julia adalah kebahagiaan dia. Dia terlalu benci melihat wajah perempuan itu. Tambah menyakitkan hati, apabila Danny sanggup pusing dua tiga buah shopping mall semata-mata untuk mencari teddy bear Julia. Siapa yang tidak cemburu dan panas hati? Lelaki itu kelihatan tidak keruan, sehingga dia sendiri tidak sanggup melihat lelaki itu dan akhirnya akur untuk memulangkan teddy bear itu. Kalau tak, pasti sudah bengkak kakinya menemani lelaki itu.

“SHIELA, please come on, jangan macam ni…”
        Bahu Shiela di jamah lembut, melihat titisan air mata yang mengalir di pipi kawannya itu cukup meruntunkan jiwanya.
        “It’s okey Julia, aku boleh hadapi semua ni.”
        “Aku tahu kawan aku seorang yang tabah,” pujuk Julia.
        “Tapi aku tak tahu sama ada aku mampu lupakan dia atau…” air mata terus berlinangan. Esakan tangisnya semakin tidak henti-henti.
        “Aku yakin kau mampu,” potong Julia. Tangan kawannya itu digengam kemas, seakan memberi semangat. Dia tahu bagaimana peritnya saat ditinggalkan, kerana dia sendiri turut pernah merasainya ketika bersama Adam dahulu. Kelukaan hati sememangnya memakan masa yang lama untuk diubati.
        “Aku ingat dia cinta pertama dan terakhir aku, tapi… aku tak sangka mudah benar dia lupakan aku dan mencintai perempuan lain, dia tak boleh buat aku macam tu!! Hati aku sakit, perit sangat Julia!”
        “Aku faham Shiela, putus cinta memang sangat menyakitkan.”
        Shiela mengesat air matanya, mata Julia direnung beberapa saat sebelum memeluk tubuh gadis itu. Dia menangis semahunya. Bertapa pilunya hati. Namun pada masa yang sama, Julia mengempalkan tangannya. Hatinya sakit melihat kesengsaraan kawannya itu. Kebenciannya pada Niezam semakin meluap-luap.

“PLEASE encik, saya cuma harapkan encik aje sekarang ni,” rayu Julia.
        “Apa aku dapat?” soal Danny. Walaupun hatinya sedikit terpujuk dengan segala rayuan gadis ayu di hadapannya itu, namun egonya lebih meninggi. Dia tidak mudah lemah dengan suara lembut dan gemersik gadis itu.
        Julia menundukkan wajah, air matanya menitis. Habis segala bakat lakonannya ditonjolkan dihadapan lelaki itu, dia yakin singa itu pasti tewas kali ini. Tetapi kalau tak berjaya jugak, ternyatalah dia adalah mahluk asing yang sesat di bumi. Huhuhu…
        Danny mencebik. Menangis pula! Ini yang dia lemah ni! gerutu hatinya. “Baiklah,” akhirnya dia mengalah juga.
        Mata Julia bulat memandang Danny. Namun seraut wajahnya masih kelihatan sedih, walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya dia. Lakonannya harus diteruskan juga. Ternyata lelaki itu bukan mahluk asing, tetapi dia masih lagi seekor singa.

bisikkanlah cinta bab 8


SENYUMAN yang cukup manis terukir di bibirnya. Dengan riang dia mengangkat patung beruang itu lalu dipeluknya. “Sekarang, kau akan jadi milik aku..” ujarnya gembira.
       “Erm.. maaf cik, patung tu tak boleh dipegang, melainkan kalau cik nak beli. Sila letak balik.” ujar seorang pekerja perempuan di situ mematikan lamunan Julia. 
       Julia mencebik bibir. Kacau betulah! Gerutu hatinya. “Kau ingat aku tak ada duit ke?” herdik Julia. Pantas dia mengambil patung itu lalu di bawa ke kaunter pembayaran. Sempat dia menjeling ke arah pekerja tadi, terkulat-kulat pekerja itu memandangnya, baru puas hati dia apabila melihat wajah pekerja itu seperti ayam berak kapur! Hahaha..
       Selesai bayar, dia memgambil patung itu yang telah pun di letakkan di dalam plastik. ‘Aku bagi nama kau… Chobby! sebab kau comel dan chubby,’ bisik hatinya.
       “Julia, cepatlah cikit! Buat apa tercengat kat situ lagi?” seru Ika menyentap khayalan Julia.
       Terpina-pina gadis itu. Dia mengeluh, ini lagi seorang pengacau, baru nak berangan!
       “Erm, maaf cik, ramai lagi orang yang beratur nak bayar,” ujar penjaga kaunter.
       “Aku tahulah!” balas Julia. Lantas dia berpaling, hanya sekali imbas dia terpandang susuk tubuh yang telah lama berdiri dibelakangnya menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Namun entah kenapa, kakinya tiba-tiba terhenti. Dia cuba menoleh untuk memastikan wajah pemuda itu, namun…
       “Julia cepatlah!” jerit Ika lagi.
       Julia tersentap. Ternyata ramai orang telah pun bising dengan sikapnya. Mana tidaknya, nak beli satu anak patung pun ambil masa berjam-jam, sedangkan barisan dah semakin panjang. “Kejap.. kejap!” ujar Julia lantas tergesa-gesa berlalu. Sempat dia menoleh ke belakang sesaat lalu menyambung langkahnya semula.
       “Kau ni beli teddy bear ke, buat teddy bear?” sindir Ika.
       Julia hanya tunduk. Fikirannya masih buntu, benarkah apa yang dilihat tadi? Entah kenapa dia terasa seperti ada sesuatu yang menjalari hatinya.
       “Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap?”
       “Hah? Apa kau cakap tadi?” soal Julia yang baru tersedar.
       “Hishh..! Malaslah aku nak layan kau, angau kau ni makin menjadi-jadilah! Orang lain kalau nak berangan pun pandai pilih tempat tau! Bukan macam kau, main redah aje! Depan kaunter pun boleh tersengih-sengih!” bebel Ika.
        Julia meraut wajah. “Entahlah Ika, aku bukan apa, tapi... tadi.. aku macam nampak seseorang, dia…” Julia terhentikan kata-katanya.
        “Dia?”
        “Dia.. wajah dia.. macam.. macam…” Julia cuba megimbas kembali wajah lelaki itu. Dia dapat merasakan lelaki itu terlalu dekat dihatinya.
        “Macam apa?”
        “Adam..”
        “Adam?” Ika semakin hairan. “Siapa Adam?”
        Mata Julia bulat memandang Ika. “Kejap, aku ada hal, kalau aku lambat, kau balik aje. Jangan tunggu aku!” arah Julia lantas bergegas beredar dari situ membiarkan Ika terkulat-kulat dengan seribu satu persoalan.
        Julia berlari anak ke kedai tadi, namun lelaki tadi telah pun tiada. Dia mula berpusing-pusing sekeliling Shopping Mall tersebut, namun hampa. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, serentak dia berlalu menuju ke arah tempat letak kereta. Persis orang gila, dia berlari mengelilingi tempat letak kereta tersebut. Akhirnya dia mengeluh, kelibat itu tidak kelihatan lagi. Dia berjalan pelahan menuju ke pintu masuk. Namun entah tiba-tiba satu kereta memintas di hadapannya, dia tersentak apabila memandang wajah pemandu itu. Dia semakin nekad. Itu Adam!

“ADAM…!!!” jerit Julia.
        Dia cuba berlari mengejar kereta Adam yang semakin jauh. Namun kereta itu laju membelok ke kiri menuju ke pintu keluar. Tanpa membuang masa, Julia menderaskan lariannya dan melalui celah-celah kereta yang lain untuk memintas kereta Adam. Namun nasib tidak memihak padanya apabila sebuah kereta yang kebetulan lalu disitu nyaris melangar dia, terduduk gadis itu sambil menjerit nyaring.
        “Kau dah gila ke?” herdik Danny yang sebaik sahaja keluar dari kereta.
        Julia terkesima. Dia memandang Danny dan kemudian kereta Adam yang telah pun berlalu pergi bersama hatinya yang hancur. Entah tiba-tiba kelopak matanya terasa panas, mutiara jernih mula berlinangan di pipinya.
        Danny semakin kaget. Pantas dia mendapatkan Julia. “Kau okey tak ni?” soal Danny cemas. Air mata yang mengalir dipipi Julia membuatkan hatinya semakin tak keruan.
        Danny dihadapannya langsung tidak di hiraukan. ‘Abang…’ hatinya bersuara. Di saat itu dia terasa ingin meraung sekuat hati.
        “Aku hantar kau ke hospital,” kata Danny. Spontan tubuh Julia di dukung.
        Julia tersentak. “Lepaslah,” dia memberontak menyebabkan Danny tidak dapat nak mengawal keseimbangan. Segalanya berlaku terlalu pantas, dan apabila dia sedar dia mendapati dia telah terbaring di atas tubuh Danny. Bertapa terkejut beruk dia saat itu. Tanpa membuang masa dia terus bangun. Merah padan wajahnya.
        “Boleh tak bila aku dukung kau jangan nak memberontak macam orang gila! Macam nak kena rogol!!” bentak Danny geram. Sudahlah muncul secara tiba-tiba menyebabkan dia nyaris langgar perempuan itu, sekarang dia terjatuh gara-gara perempuan itu juga. Habis kotor baju dia yang berwarna putih dek terbaring di atas simen tersebut.
        Namun Julia hanya terkulat-kulat. Adakah semua ini salah aku?
        Danny mengeluh, cuba bersabar. “Aku hantar kau balik, sebelum kau meroyan tak tentu pasal,” kali ini suara Danny agak pelahan. Dia bangkit lalu menuju ke arah kereta.
        Julia pula hanya akur. Namun belum sempat dia membuka pintu kereta, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Chobby,” ucapnya pelahan. Baru dia sedar tangannya kosong. Mana Chobby?
        “Kejap!” kata Julia lantas berlari memasuki Shopping Mall. Danny yang telah pun berada di dalam kereta terpina-pina, tak sempat dia nak menghalang Julia, gadis itu telah pun jauh. Tanpa membuang masa, dia turut mengikuti jejak Julia.
        Julia berlari anak melalui tempat yang baru di laluinya tadi, mengharap agar dia akan terjumpa anak patung kesayangannya itu. Namun hampa.
        Danny berlari mendapatkan Julia. Perempuan itu memang dah meroyan! Kurang tebiat! Gerutu hatinya. Entah apa lagi yang perempuan itu akan buat, dia tidak pasti. Tetapi dia harus menghalang perempuan itu, bimbang melihat keadaannya yang semakin tak tentu hala. Pantas tangan Julia disentap.
        “Awak nak apa?” marah Julia apabila Danny cuba menghalangnya.
        “Kau tanya aku? Kau tu kenapa? Meroyan sorang-sorang kat sini?”
        Julia meraut wajah. “Saya nak cari teddy bear  saya,” jawab Julia.
        Dahi Danny berkerut. “Kau nak cari teddy bear kau? Sampai kat tempat parking kereta? Sampai sanggup kena langgar? Kau ni hilang akal ke apa?”
        “Ika, teddy bear saya mesti ada kat dia!” Kata-kata Danny langsung tidak diendahkan. Pantas telefon bimbitnya di keluarkan. Namun sebaik sahaja punat merah di tekan, dia mengeluh. “Teddy bear tu tak ada dengan Ika,” ujarnya.
        “Sudahlah, kita balik ke kereta sekarang. Aku dahlah tak parking betul-betul kereta tu!”
        “PERHATIAN, KEPADA PEMILIK KERETA BMW 5 SERIES BERWARNA HITAM BERNOMBOR ‘BLA.. BLA.. BLA..’ SILA ALIHKAN KENDERAAN ANDA SEGERA. SAYA ULANG SUARA…BLA.. BLA.. BLA..”
        Danny terdiam. “Kau tengok! Semua ni sebab kau!” ujar Danny sambil menarik Julia. Gadis itu akhirnya pasrah.

 “ARGGGHHHH…!!!” jerit Julia geram.
        “Kenapa kau ni?” soal Shiela yang tergesa-gesa keluar dari kamarnya.
        “Shiela, aku rasa aku dah nak gila!”
        “Sabar Julia, cuba bertenang.”
        Julia menarik nafas dan hembus.
        “Macam ini lah, kau pergi mandi, tenangkan diri kau. Ni tak, balik aje terus memekik tak tentu hala, dah macam orang kurang siuman dah,” usik shiela lantas ketawa kecil.
        “Aku serius ni,” pelahan suara Julia.
        “Okey.. okey.. aku tahu.. macam yang aku cakap tadi, kau mandi dulu, tenangkan fikiran. Okey?”
        Julia hanya mengangguk lemah. Kata-kata Sleila ada juga kebenarannya.

*********************

TUBUHNYA dihempaskan di atas katil. Sambil merenung syiling, fikirannya masih melayang ke kejadian yang baru berlaku tadi. Julia… bagaimana dia boleh bertemu dengan gadis itu semula? Sedangkan telah bertahun lamanya mereka berpisah. Apakah makna semua ini?
        Tidak dia menyangka, gadis itu sanggup mengejarnya sampai ke tempat letak kereta. Apakah yang gadis itu inginkan? Tolonglah… mereka tidak boleh bertemu! Dia tidak mahu melukai hati itu, dan hatinya sendiri. Mereka harus hadapi perpisahan ini. Ini adalah kenyataan! Kenyataan yang harus mereka lalui, manakala cinta yang bertaut ini hanya impian dan khayalan yang tak mungkin di gapai.

*********************

“KAU dah okey dah?”
        Julia mengangguk pelahan.
        “Baguslah,” ujar Danny. Dia pantas berlalu menuju ke meja Ika. “I tunggu you kat kereta, jangan lambat!”
        “Baik,” balas Ika yang sedang tersenyum sipu. Wajahnya kelihatan ceria. Danny pula terus beredar tanpa banyak bicara. Dengan tergesa-gesa Ika segera mengemas barangnya, dia tidak mahu membiarkan Danny menunggunya lama.
        Julia mengerutkan dahinya. Kenapa si singa itu nampak lebih tenang? Tidak dingin seperti biasa? Dan… apa hubungan dia dengan Ika? Hatinya tiba-tiba terasa sesuatu.
        “Wei, apa hal tu? Lain macam aje,” kata Anida menghampiri Julia sebaik sahaja kelibat Ika tidak kelihatan.
        Julia menjungkitkan bahunya. “Entah.”
        “Mesti Ika tu tengah seronokkan? Iyelah, keluar dengan pujaan hati..”
        “Pujaan hati?”
        “Yes, pujaan hati! Kau takkan tak tahu, si Ika tu dah lama ‘syok’ kat si… apa tu, kau panggil dia…  singa lapar?” ujar Anida lantas ketawa terkekek-kekek.
        Julia hanya tersenyum. “Sudahlah Nida, aku nak buat kerja.” Entah kenapa dia hilang ‘mood’.
        “Okey. Nampaknya mood kau tak berapa baik.”
        Anida lantas berlalu pergi.

Tuesday, January 3, 2012

bisikkanlah cinta bab 7



ANAK patung sebesar budak kecil itu di belek. Hatinya benar-benar tertarik. Diterkam-terkamnya pipi patung beruang itu, kemudian dia ketawa kecil. “Comelnya,” luah Julia. Dia terus memeluk patung tersebut. Ika pula hanya melihat sambil tersenyum.
           “Kau suka ke?” soal Ika.
           Julia mengangguk deras. “Tapi, tunggulah cukup bulan, baru aku beli,” ucap Julia apabila melihat harga patung tersebut hampir mencecah RM 300.
           “Cukup bulan? Lama tu,” luah Ika.
           “Seminggu aje lagi, lama apanya,” balas Julia. Dia kembali meletakkan patung itu semula ke kedudukan asal.
           “Kalau ada orang beli dulu, macam mana?”
           Julia menjungkit bahu. “Bukan rezeki aku,” jawabnya ringkas.
           Ika pula hanya mengelengkan kepalanya. Dia mengambil barang-barang yang hendak di belinya lalu di bawa ke kaunter.
           “Eh, Ika, awak buat apa kat sini?” sapa seorang lelaki yang kebetulan ada di situ.
           “Beli barang, awak?” soal Ika pula.
           “Teman girlfriend, dia ada kat dalam sana. Awak datang seorang aje ke?”
           Ika mengelengkan kepalanya. “Datang dengan kawan saya, Julia,” jawab Ika sambil jarinya ditunjukkan ke arah Julia. Lelaki itu pantas menoleh, matanya tertancap pada Julia yang sedang asyik memerhatikan anak patung tersebut. Pelahan lelaki tersebut mengukir senyum.
           “Julia,” ucap lelaki tersebut sambil matanya tidak lepas memandang Julia.

“HARI ini Encik ada meeting pada jam 10 pagi. Manakala tengah hari nanti ada client nak buat temu janji dengan Encik. Dan lagi satu, Encik Jefri ada tanya tentang projek baru yang telah dibincang pada minggu lepas, kalau boleh dia nak jumpa dengan Encik, bila saya bolah letakkan tarikh?” ujar Julia lancar. Matanya tepat memandang ke arah kertas ditangannya.
           Danny yang mulanya hanya menganggukkan kepalanya sebagai pendengar yang tekun mula memikirkan sesuatu. “Khamis, itu pun kalau jadual kosong,” balas Danny.
           “Khamis,” Julia bersuara sepatah. Tangannya laju menyelak kertas yang berada ditangannya. “Khamis encik ada meeting pukul 8 pagi, jadi kalau saya ‘set’ kan pada jam 1 petang bolehkan?” soal Julia. Wajahnya tenang memandang ke arah Danny.
           Danny diam dalam jangka masa yang lama. Dia menganggukkan kepalanya. “Khamis pada jam 1 aku akan jumpa dia. Ada apa-apa lagi maklumat?”
           Julia menggelengkan kepalanya.
           “Jadi aku nak kau sediakan semua fail untuk aku meeting nanti, dan jangan lupa tengah hari ni kau follow aku pergi jumpa client. So make sure semua borang lengkap! Faham?”
           Julia menganggukkan kepalanya. “Ada apa-apa lagi?” soal Julia.
           “Kau boleh pergi siapkan kerja kau,” arah Danny.
           Julia menganggukkan kepalanya lalu bergegas keluar. Dia meletakkan kertas dia atas meja, lalu melabuhkan punggung diatas kerusi. Lantas pandangannya dikalihkan ke arah Ika yang sedang menghampirinya.
           “Macam mana, okey?” sapa Ika. Dia menolak kertas yang terdapat di atas meja Julia ke tepi sedikit lalu duduk di atas meja Julia seperti biasa.
           “Okey apa?”
           “Dia mengamuk lagi tak?” soal Ika.
           “Taklah, dia okey aje. Hari ni aku tengok mood dia baik sikitlah, tak macam sebelum ni,” jawap Julia.
           “Baguslah tu, taklah kau tension sangatkan?”
          Julia tersenyum. “Tahu tak apa, sebelum ni cukup merimaskan aku. Cerewet sangat!”
          “Kalau tak cerewet, sampai bila syarikat ni nak maju?” ujar Ika.
          “What ever! Tapikan, aku tak pernah tengok dia senyum, asyik muka mengetat aje, macam nak telan orang hidup-hidup!”
          Ika tersenyum tawar. “Lantak kau lah nak cakap apa. Sekarang ni macam mana? Nak lunch dengan aku tak?” Ika menukar topik perbualan.
          “Sorrylah Ika, hari ni line tak clear lah. Aku kena follow bos kita tu pergi jumpa client, lagi pun banyak kerja nak kena siapkan.”
          “Tak apalah, nama pun kerja kan?” ujar Ika sambil tangan menepuk lembut bahu Julia. “Aku pergi siapkan kerja dulu ye!” Ika meminta diri. Dia turun dari meja lalu berlalu pergi.


JULIA memerhatikan jalan raya. Panas terik membuatkan tekaknya terasa kering, walaupun dia baru sahaja minum semasa menemani Danny berjumpa dengan ‘client’ tadi, tetapi tekaknya masih terasa dahaga. Sesekali dia menoleh ke arah Danny di sebelahnya, lelaki itu kelihatan tenang memandu. Dan di saat dia memandang wajah tenang Danny, hatinya terasa seakan diusik.
        Dia terus memerhatikan wajah Danny, baru dia sedar bahawa Danny mempunyai rupa yang tampan. Tubuhnya yang tegap, kulitnya yang putih, rambutnya perang semula jadi, hidung yang mancung, dan yang paling cun sekali, biji matanya yang warna kehijauan semula jadi. Mungkin dia ada darah campuran, sebab itu wajahnya begitu sempurna. Memang dia tak dapat nak menafikan, kalau pandang lelaki itu lama-lama, silap hari bulan isteri orang pun boleh lupa yang dia dah bersuami. Julia mula tersenyum nakal.
        Senyuman dibibir Julia mula mati, kalau tak silap dia, dia seperti pernah bertemu dengan Danny sebelum ini. Tetapi bila? Adakah wajah lelaki itu begitu familiar? Dia tidak pasti.
        “Kenapa pandang aku macam tu?” tanya Danny, matanya terus memandang ke arah jalan raya.
        Julia tersentak. Terkulat-kulat dia masa itu. “Tak, tak ada apa-apa,” jawab Julia, tak sangka dia telah tenung wajah si singa ini lama-lama. Wahh… malunya…!
        Pandangan Danny di kalihkan sedikit ke arah Julia. “Aku tak suka orang pandang aku macam tu,” ujar Danny berbaur angkuh.
        Julia mencebik muka. Bukan handsome sangat pun, jangan nak perasan! Katanya dalam hati. Menyampah dia. Dia mula memandang sekeliling kereta, sunyi dan sepi membuatkan dia rasa bosan. Bunyi telifon bimbit bergema, tanpa membuang masa Danny mencapai hearfon lalu di pasangkan ke telinganya.
        “Hello..” jawab Danny. “Hah? Oh.. okey.. aku datang sekarang..” jawab Danny. Dia kembali mencabut hearfon tersebut dari telinganya. “Kau tak kisahkan kalau teman aku jumpa kawan aku jap?” soal Danny sambil memandang Julia.
        Kening Julia berkerut. “Tapi…”
        “Aku kena cepat ni, kalau kau taknak follow. Aku turunkan kau kat sini aje,” balas Danny.
        Mata Julia terbeliak memandang Danny. ‘Turunkan dekat sini? Apa kurang tebiat ke mamat ni? Dia nak turunkan aku dekat tengah lebuh raya ni? Huh! Dia hilang akal ke atau memang tak ada akal?’ kata-kata itu dibiarkan sahaja bermain dihatinya. Dia cuba menahan segala amarah. “Baiklah, saya ikut!”
         Kereta BMW series 5 berwarna hitam dipandu laju membelah jalan raya, sempat dia berhenti di Petronas membeli minyak. Lalu meneruskan perjalanan menuju destinasi yang diingini.  Danny membelokkan keretanya di bahu jalan lalu menekan brek. Dia keluar dari perut kereta sambil membawa botol minyak yang baru dibelinya tadi. Langkahnya diaturkan ke arah kereta Subaru Impreza yang tersadai di tepi jalan tersebut, tidak jauh dari keretanya. Julia hanya memerhati tanpa banyak bicara. Dia dapat menangkap satu kelibat yang terdapat di tepi kereta Subaru Impreza walaupun tidak seberapa jelas.
       “Hello bro,” tegur Danny.
       Niezam menolehkan pandangannya. “Huh! Nasib kau datang cepat, kalau tak terbakar aku kat sini..” ujar Niezam yang sudah dibasahi peluh dek matahari yang terik terpacak di atas kepala.
       Denny tersenggih memandang Niezam. “Bawa kereta pandai, isi minyak tak pandai,” perli Danny sambil botol minyak dihulurkan ke arah Niezam.
       “Kau ni nak perli pun agak-agaklah, bukan aku tak pandai, masalahnya tadi aku kelam kabut lari dari awek aku.”
       “Ni mesti kes kantoi lagi,” teka Danny.
       Niezam mengangguk sambil tersenggih. “Aku kena game,” ujar Niezam lalu mengisi minyak petrol ke dalam keretanya.
       “Hot player kena game, macam pelik aje bunyi dia,” sindir Danny.
       “La.. cara kau cakap macam nak makan kaki aku aje,” ujar Niezam, serentak mereka ketawa.
       “Apa kes?” soal Danny setelah habis ketawa.
       Niezam mencampakkan botol petrol yang sudah kosong di rumput sebelum mula bicara. “Tersilap cucuk line, baru aku tahu yang Ira dan Syida tu adik-beradik!”
      “Adik-beradik?”
      “Ha, adik-beradik. Dia orang game aku balik, cilaka betul! Kau tengok ni, kesan tumit kasut dia orang,” ujar Niezam sambil menunjukkan tangannya yang ada kesan merah dan calar. “Nasib aku sempat lari, tak adalah kena teruk sangat. Tapi lupa pula nak isi minyak, itu yang jadi macam ni!” sambung Niezam lagi.
      Serentak itu ketawa Danny berderai, lucu rasanya mendengar cerita tersebut. Itulah playboy sangat, tengok sekarang dah kena! “So, dah seriklah ni?”
       “Serik? No way! Tak ada istilah serik dalam hidup aku. Dahlah, panas ni. Jomlah kita pergi minum kejap, tekak aku dah kering ni,” ujar Niezam sambil menjamah tekaknya.
       “Jomlah,” setuju Danny.

KELUHAN berat dilepaskan, Julia hanya menundukan wajahnya. Fikirannya kusut. Sesekali apabila ekor mata itu dilirikkan kepadanya, dia menjadi rimas. ‘Dia tu ada masalah mata ke? Dari tadi asyik pandang-pandang aku!’ gerutu hatinya.
       “So apa perkembangan kau sekarang ni?” tanya Niezam pada Danny.
       “Aku macam biasa aje, tak ada apa-apa peningkatan,” ujar Danny.
       “Itulah kau, kerja, kerja, kerja. Tak ada benda lain nak buat,” balas Niezam.
       Danny tersenggih. “Iyelah, itu aje yang aku tahu buat. Tak macam kau, dah naik pangkat raja player dah sekarang ni.”
       “Hish.. kau ni! Raja player kejadah kau!” marah Niezam. Dia mengerling sedikit ke arah Julia yang hanya menundukkan wajahnya, dia tahu gadis itu pasti sedang memasang telinga.
       Danny hanya ketawa apabila dapat menangkap isyarat mata Niezam. Geli hatinya saat itu. ‘Niezam.. Niezam.. perempuan kampung pun kau nak try ke?’ bisik hatinya.
       Niezam hanya tersenyum, sambil matanya mencuri-curi meratah seraut wajah manis milik Julia. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Julia lagi, ternyata dunia ini terlalu kecil. ‘Julia, kau memang ditakdirkan untuk aku!’
       “Saya tunggu kat kereta,” usul Julia. Dia sudah tidak tahan direnung oleh buaya darat itu, bulu romanya juga sudah menegak. Seram sejuk jadinya! Huhu…
       “Okey,” balas Danny. Niezam yang baru ingin menghalang tidak jadi apabila Danny lebih pantas bersuara. Akhirnya dia hanya memerhatikan lenguk Julia meninggalkan mereka. “Perempuan tu perempuan kampunglah, kolot!?” kutuk Danny apabila melihat Niezam asyik memerhatikan Julia yang semakin hilang dipandangan.
       Niezam tersenyum sinis. “Kolot? Biarlah, aku bukan nak angkut dia jadi bini pun!”
       “Dah tu kau nak angkut jadi apa? Awek kau? Tolonglah, macam langit dan bumi kalau nak di bandingkan dengan awek-awek kau sebelum ni tau!”
       “Kau jangan nak perkecil-kecilkan dia! Walaupun dia taklah secantik mana, tapi dia mempunyai wajahnya lembut, ayu. Dan dia tak sama dengan perempuan yang aku kenal sebelum ni,” luah Niezam cuba membela Julia. Hatinya terasa sakit apabila Danny cuba menghina dan memperburukkan gadis itu.
       “Kau cakap macam kau dah lama kenal dia.”
       “Danny, kalau kau nak burukkan dia, tolonglah stop! Aku tak suka…”
       Danny mencebik.
       Julia mencekak pinggang, dia bersandar lemah ditepi kereta. Lambatnya si singa ni! Gerutunya. Tetapi dia benar-benar tidak menyangka bawah Danny dan Niezam itu adalah sahabat karib, sungguh aneh! Mana tidaknya, seorang kaki perempuan, seorang lagi anti perempuan! Sahabat yang sukar ditemui di dunia ini! Huh!