ANAK patung sebesar budak kecil itu di belek. Hatinya benar-benar tertarik. Diterkam-terkamnya pipi patung beruang itu, kemudian dia ketawa kecil. “Comelnya,” luah Julia. Dia terus memeluk patung tersebut. Ika pula hanya melihat sambil tersenyum.
“Kau suka ke?” soal Ika.
Julia mengangguk deras. “Tapi, tunggulah cukup bulan, baru aku beli,” ucap Julia apabila melihat harga patung tersebut hampir mencecah RM 300.
“Cukup bulan? Lama tu,” luah Ika.
“Seminggu aje lagi, lama apanya,” balas Julia. Dia kembali meletakkan patung itu semula ke kedudukan asal.
“Kalau ada orang beli dulu, macam mana?”
Julia menjungkit bahu. “Bukan rezeki aku,” jawabnya ringkas.
Ika pula hanya mengelengkan kepalanya. Dia mengambil barang-barang yang hendak di belinya lalu di bawa ke kaunter.
“Eh, Ika, awak buat apa kat sini?” sapa seorang lelaki yang kebetulan ada di situ.
“Beli barang, awak?” soal Ika pula.
“Teman girlfriend, dia ada kat dalam sana. Awak datang seorang aje ke?”
Ika mengelengkan kepalanya. “Datang dengan kawan saya, Julia,” jawab Ika sambil jarinya ditunjukkan ke arah Julia. Lelaki itu pantas menoleh, matanya tertancap pada Julia yang sedang asyik memerhatikan anak patung tersebut. Pelahan lelaki tersebut mengukir senyum.
“Julia,” ucap lelaki tersebut sambil matanya tidak lepas memandang Julia.
“HARI ini Encik ada meeting pada jam 10 pagi. Manakala tengah hari nanti ada client nak buat temu janji dengan Encik. Dan lagi satu, Encik Jefri ada tanya tentang projek baru yang telah dibincang pada minggu lepas, kalau boleh dia nak jumpa dengan Encik, bila saya bolah letakkan tarikh?” ujar Julia lancar. Matanya tepat memandang ke arah kertas ditangannya.
Danny yang mulanya hanya menganggukkan kepalanya sebagai pendengar yang tekun mula memikirkan sesuatu. “Khamis, itu pun kalau jadual kosong,” balas Danny.
“Khamis,” Julia bersuara sepatah. Tangannya laju menyelak kertas yang berada ditangannya. “Khamis encik ada meeting pukul 8 pagi, jadi kalau saya ‘set’ kan pada jam 1 petang bolehkan?” soal Julia. Wajahnya tenang memandang ke arah Danny.
Danny diam dalam jangka masa yang lama. Dia menganggukkan kepalanya. “Khamis pada jam 1 aku akan jumpa dia. Ada apa-apa lagi maklumat?”
Julia menggelengkan kepalanya.
“Jadi aku nak kau sediakan semua fail untuk aku meeting nanti, dan jangan lupa tengah hari ni kau follow aku pergi jumpa client. So make sure semua borang lengkap! Faham?”
Julia menganggukkan kepalanya. “Ada apa-apa lagi?” soal Julia.
“Kau boleh pergi siapkan kerja kau,” arah Danny.
Julia menganggukkan kepalanya lalu bergegas keluar. Dia meletakkan kertas dia atas meja, lalu melabuhkan punggung diatas kerusi. Lantas pandangannya dikalihkan ke arah Ika yang sedang menghampirinya.
“Macam mana, okey?” sapa Ika. Dia menolak kertas yang terdapat di atas meja Julia ke tepi sedikit lalu duduk di atas meja Julia seperti biasa.
“Okey apa?”
“Dia mengamuk lagi tak?” soal Ika.
“Taklah, dia okey aje. Hari ni aku tengok mood dia baik sikitlah, tak macam sebelum ni,” jawap Julia.
“Baguslah tu, taklah kau tension sangatkan?”
Julia tersenyum. “Tahu tak apa, sebelum ni cukup merimaskan aku. Cerewet sangat!”
“Kalau tak cerewet, sampai bila syarikat ni nak maju?” ujar Ika.
“What ever! Tapikan, aku tak pernah tengok dia senyum, asyik muka mengetat aje, macam nak telan orang hidup-hidup!”
Ika tersenyum tawar. “Lantak kau lah nak cakap apa. Sekarang ni macam mana? Nak lunch dengan aku tak?” Ika menukar topik perbualan.
“Sorrylah Ika, hari ni line tak clear lah. Aku kena follow bos kita tu pergi jumpa client, lagi pun banyak kerja nak kena siapkan.”
“Tak apalah, nama pun kerja kan?” ujar Ika sambil tangan menepuk lembut bahu Julia. “Aku pergi siapkan kerja dulu ye!” Ika meminta diri. Dia turun dari meja lalu berlalu pergi.
JULIA memerhatikan jalan raya. Panas terik membuatkan tekaknya terasa kering, walaupun dia baru sahaja minum semasa menemani Danny berjumpa dengan ‘client’ tadi, tetapi tekaknya masih terasa dahaga. Sesekali dia menoleh ke arah Danny di sebelahnya, lelaki itu kelihatan tenang memandu. Dan di saat dia memandang wajah tenang Danny, hatinya terasa seakan diusik.
Dia terus memerhatikan wajah Danny, baru dia sedar bahawa Danny mempunyai rupa yang tampan. Tubuhnya yang tegap, kulitnya yang putih, rambutnya perang semula jadi, hidung yang mancung, dan yang paling cun sekali, biji matanya yang warna kehijauan semula jadi. Mungkin dia ada darah campuran, sebab itu wajahnya begitu sempurna. Memang dia tak dapat nak menafikan, kalau pandang lelaki itu lama-lama, silap hari bulan isteri orang pun boleh lupa yang dia dah bersuami. Julia mula tersenyum nakal.
Senyuman dibibir Julia mula mati, kalau tak silap dia, dia seperti pernah bertemu dengan Danny sebelum ini. Tetapi bila? Adakah wajah lelaki itu begitu familiar? Dia tidak pasti.
“Kenapa pandang aku macam tu?” tanya Danny, matanya terus memandang ke arah jalan raya.
Julia tersentak. Terkulat-kulat dia masa itu. “Tak, tak ada apa-apa,” jawab Julia, tak sangka dia telah tenung wajah si singa ini lama-lama. Wahh… malunya…!
Pandangan Danny di kalihkan sedikit ke arah Julia. “Aku tak suka orang pandang aku macam tu,” ujar Danny berbaur angkuh.
Julia mencebik muka. Bukan handsome sangat pun, jangan nak perasan! Katanya dalam hati. Menyampah dia. Dia mula memandang sekeliling kereta, sunyi dan sepi membuatkan dia rasa bosan. Bunyi telifon bimbit bergema, tanpa membuang masa Danny mencapai hearfon lalu di pasangkan ke telinganya.
“Hello..” jawab Danny. “Hah? Oh.. okey.. aku datang sekarang..” jawab Danny. Dia kembali mencabut hearfon tersebut dari telinganya. “Kau tak kisahkan kalau teman aku jumpa kawan aku jap?” soal Danny sambil memandang Julia.
Kening Julia berkerut. “Tapi…”
“Aku kena cepat ni, kalau kau taknak follow. Aku turunkan kau kat sini aje,” balas Danny.
Mata Julia terbeliak memandang Danny. ‘Turunkan dekat sini? Apa kurang tebiat ke mamat ni? Dia nak turunkan aku dekat tengah lebuh raya ni? Huh! Dia hilang akal ke atau memang tak ada akal?’ kata-kata itu dibiarkan sahaja bermain dihatinya. Dia cuba menahan segala amarah. “Baiklah, saya ikut!”
Kereta BMW series 5 berwarna hitam dipandu laju membelah jalan raya, sempat dia berhenti di Petronas membeli minyak. Lalu meneruskan perjalanan menuju destinasi yang diingini. Danny membelokkan keretanya di bahu jalan lalu menekan brek. Dia keluar dari perut kereta sambil membawa botol minyak yang baru dibelinya tadi. Langkahnya diaturkan ke arah kereta Subaru Impreza yang tersadai di tepi jalan tersebut, tidak jauh dari keretanya. Julia hanya memerhati tanpa banyak bicara. Dia dapat menangkap satu kelibat yang terdapat di tepi kereta Subaru Impreza walaupun tidak seberapa jelas.
“Hello bro,” tegur Danny.
Niezam menolehkan pandangannya. “Huh! Nasib kau datang cepat, kalau tak terbakar aku kat sini..” ujar Niezam yang sudah dibasahi peluh dek matahari yang terik terpacak di atas kepala.
Denny tersenggih memandang Niezam. “Bawa kereta pandai, isi minyak tak pandai,” perli Danny sambil botol minyak dihulurkan ke arah Niezam.
“Kau ni nak perli pun agak-agaklah, bukan aku tak pandai, masalahnya tadi aku kelam kabut lari dari awek aku.”
“Ni mesti kes kantoi lagi,” teka Danny.
Niezam mengangguk sambil tersenggih. “Aku kena game,” ujar Niezam lalu mengisi minyak petrol ke dalam keretanya.
“Hot player kena game, macam pelik aje bunyi dia,” sindir Danny.
“La.. cara kau cakap macam nak makan kaki aku aje,” ujar Niezam, serentak mereka ketawa.
“Apa kes?” soal Danny setelah habis ketawa.
Niezam mencampakkan botol petrol yang sudah kosong di rumput sebelum mula bicara. “Tersilap cucuk line, baru aku tahu yang Ira dan Syida tu adik-beradik!”
“Adik-beradik?”
“Ha, adik-beradik. Dia orang game aku balik, cilaka betul! Kau tengok ni, kesan tumit kasut dia orang,” ujar Niezam sambil menunjukkan tangannya yang ada kesan merah dan calar. “Nasib aku sempat lari, tak adalah kena teruk sangat. Tapi lupa pula nak isi minyak, itu yang jadi macam ni!” sambung Niezam lagi.
Serentak itu ketawa Danny berderai, lucu rasanya mendengar cerita tersebut. Itulah playboy sangat, tengok sekarang dah kena! “So, dah seriklah ni?”
“Serik? No way! Tak ada istilah serik dalam hidup aku. Dahlah, panas ni. Jomlah kita pergi minum kejap, tekak aku dah kering ni,” ujar Niezam sambil menjamah tekaknya.
“Jomlah,” setuju Danny.
KELUHAN berat dilepaskan, Julia hanya menundukan wajahnya. Fikirannya kusut. Sesekali apabila ekor mata itu dilirikkan kepadanya, dia menjadi rimas. ‘Dia tu ada masalah mata ke? Dari tadi asyik pandang-pandang aku!’ gerutu hatinya.
“So apa perkembangan kau sekarang ni?” tanya Niezam pada Danny.
“Aku macam biasa aje, tak ada apa-apa peningkatan,” ujar Danny.
“Itulah kau, kerja, kerja, kerja. Tak ada benda lain nak buat,” balas Niezam.
Danny tersenggih. “Iyelah, itu aje yang aku tahu buat. Tak macam kau, dah naik pangkat raja player dah sekarang ni.”
“Hish.. kau ni! Raja player kejadah kau!” marah Niezam. Dia mengerling sedikit ke arah Julia yang hanya menundukkan wajahnya, dia tahu gadis itu pasti sedang memasang telinga.
Danny hanya ketawa apabila dapat menangkap isyarat mata Niezam. Geli hatinya saat itu. ‘Niezam.. Niezam.. perempuan kampung pun kau nak try ke?’ bisik hatinya.
Niezam hanya tersenyum, sambil matanya mencuri-curi meratah seraut wajah manis milik Julia. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Julia lagi, ternyata dunia ini terlalu kecil. ‘Julia, kau memang ditakdirkan untuk aku!’
“Saya tunggu kat kereta,” usul Julia. Dia sudah tidak tahan direnung oleh buaya darat itu, bulu romanya juga sudah menegak. Seram sejuk jadinya! Huhu…
“Okey,” balas Danny. Niezam yang baru ingin menghalang tidak jadi apabila Danny lebih pantas bersuara. Akhirnya dia hanya memerhatikan lenguk Julia meninggalkan mereka. “Perempuan tu perempuan kampunglah, kolot!?” kutuk Danny apabila melihat Niezam asyik memerhatikan Julia yang semakin hilang dipandangan.
Niezam tersenyum sinis. “Kolot? Biarlah, aku bukan nak angkut dia jadi bini pun!”
“Dah tu kau nak angkut jadi apa? Awek kau? Tolonglah, macam langit dan bumi kalau nak di bandingkan dengan awek-awek kau sebelum ni tau!”
“Kau jangan nak perkecil-kecilkan dia! Walaupun dia taklah secantik mana, tapi dia mempunyai wajahnya lembut, ayu. Dan dia tak sama dengan perempuan yang aku kenal sebelum ni,” luah Niezam cuba membela Julia. Hatinya terasa sakit apabila Danny cuba menghina dan memperburukkan gadis itu.
“Kau cakap macam kau dah lama kenal dia.”
“Danny, kalau kau nak burukkan dia, tolonglah stop! Aku tak suka…”
Danny mencebik.
Julia mencekak pinggang, dia bersandar lemah ditepi kereta. Lambatnya si singa ni! Gerutunya. Tetapi dia benar-benar tidak menyangka bawah Danny dan Niezam itu adalah sahabat karib, sungguh aneh! Mana tidaknya, seorang kaki perempuan, seorang lagi anti perempuan! Sahabat yang sukar ditemui di dunia ini! Huh!