SENYUMAN yang cukup manis terukir di bibirnya. Dengan riang dia mengangkat patung beruang itu lalu dipeluknya. “Sekarang, kau akan jadi milik aku..” ujarnya gembira.
“Erm.. maaf cik, patung tu tak boleh dipegang, melainkan kalau cik nak beli. Sila letak balik.” ujar seorang pekerja perempuan di situ mematikan lamunan Julia.
Julia mencebik bibir. Kacau betulah! Gerutu hatinya. “Kau ingat aku tak ada duit ke?” herdik Julia. Pantas dia mengambil patung itu lalu di bawa ke kaunter pembayaran. Sempat dia menjeling ke arah pekerja tadi, terkulat-kulat pekerja itu memandangnya, baru puas hati dia apabila melihat wajah pekerja itu seperti ayam berak kapur! Hahaha..
Selesai bayar, dia memgambil patung itu yang telah pun di letakkan di dalam plastik. ‘Aku bagi nama kau… Chobby! sebab kau comel dan chubby,’ bisik hatinya.
“Julia, cepatlah cikit! Buat apa tercengat kat situ lagi?” seru Ika menyentap khayalan Julia.
Terpina-pina gadis itu. Dia mengeluh, ini lagi seorang pengacau, baru nak berangan!
“Erm, maaf cik, ramai lagi orang yang beratur nak bayar,” ujar penjaga kaunter.
“Aku tahulah!” balas Julia. Lantas dia berpaling, hanya sekali imbas dia terpandang susuk tubuh yang telah lama berdiri dibelakangnya menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Namun entah kenapa, kakinya tiba-tiba terhenti. Dia cuba menoleh untuk memastikan wajah pemuda itu, namun…
“Julia cepatlah!” jerit Ika lagi.
Julia tersentap. Ternyata ramai orang telah pun bising dengan sikapnya. Mana tidaknya, nak beli satu anak patung pun ambil masa berjam-jam, sedangkan barisan dah semakin panjang. “Kejap.. kejap!” ujar Julia lantas tergesa-gesa berlalu. Sempat dia menoleh ke belakang sesaat lalu menyambung langkahnya semula.
“Kau ni beli teddy bear ke, buat teddy bear?” sindir Ika.
Julia hanya tunduk. Fikirannya masih buntu, benarkah apa yang dilihat tadi? Entah kenapa dia terasa seperti ada sesuatu yang menjalari hatinya.
“Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap?”
“Hah? Apa kau cakap tadi?” soal Julia yang baru tersedar.
“Hishh..! Malaslah aku nak layan kau, angau kau ni makin menjadi-jadilah! Orang lain kalau nak berangan pun pandai pilih tempat tau! Bukan macam kau, main redah aje! Depan kaunter pun boleh tersengih-sengih!” bebel Ika.
Julia meraut wajah. “Entahlah Ika, aku bukan apa, tapi... tadi.. aku macam nampak seseorang, dia…” Julia terhentikan kata-katanya.
“Dia?”
“Dia.. wajah dia.. macam.. macam…” Julia cuba megimbas kembali wajah lelaki itu. Dia dapat merasakan lelaki itu terlalu dekat dihatinya.
“Macam apa?”
“Adam..”
“Adam?” Ika semakin hairan. “Siapa Adam?”
Mata Julia bulat memandang Ika. “Kejap, aku ada hal, kalau aku lambat, kau balik aje. Jangan tunggu aku!” arah Julia lantas bergegas beredar dari situ membiarkan Ika terkulat-kulat dengan seribu satu persoalan.
Julia berlari anak ke kedai tadi, namun lelaki tadi telah pun tiada. Dia mula berpusing-pusing sekeliling Shopping Mall tersebut, namun hampa. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, serentak dia berlalu menuju ke arah tempat letak kereta. Persis orang gila, dia berlari mengelilingi tempat letak kereta tersebut. Akhirnya dia mengeluh, kelibat itu tidak kelihatan lagi. Dia berjalan pelahan menuju ke pintu masuk. Namun entah tiba-tiba satu kereta memintas di hadapannya, dia tersentak apabila memandang wajah pemandu itu. Dia semakin nekad. Itu Adam!
“ADAM…!!!” jerit Julia.
Dia cuba berlari mengejar kereta Adam yang semakin jauh. Namun kereta itu laju membelok ke kiri menuju ke pintu keluar. Tanpa membuang masa, Julia menderaskan lariannya dan melalui celah-celah kereta yang lain untuk memintas kereta Adam. Namun nasib tidak memihak padanya apabila sebuah kereta yang kebetulan lalu disitu nyaris melangar dia, terduduk gadis itu sambil menjerit nyaring.
“Kau dah gila ke?” herdik Danny yang sebaik sahaja keluar dari kereta.
Julia terkesima. Dia memandang Danny dan kemudian kereta Adam yang telah pun berlalu pergi bersama hatinya yang hancur. Entah tiba-tiba kelopak matanya terasa panas, mutiara jernih mula berlinangan di pipinya.
Danny semakin kaget. Pantas dia mendapatkan Julia. “Kau okey tak ni?” soal Danny cemas. Air mata yang mengalir dipipi Julia membuatkan hatinya semakin tak keruan.
Danny dihadapannya langsung tidak di hiraukan. ‘Abang…’ hatinya bersuara. Di saat itu dia terasa ingin meraung sekuat hati.
“Aku hantar kau ke hospital,” kata Danny. Spontan tubuh Julia di dukung.
Julia tersentak. “Lepaslah,” dia memberontak menyebabkan Danny tidak dapat nak mengawal keseimbangan. Segalanya berlaku terlalu pantas, dan apabila dia sedar dia mendapati dia telah terbaring di atas tubuh Danny. Bertapa terkejut beruk dia saat itu. Tanpa membuang masa dia terus bangun. Merah padan wajahnya.
“Boleh tak bila aku dukung kau jangan nak memberontak macam orang gila! Macam nak kena rogol!!” bentak Danny geram. Sudahlah muncul secara tiba-tiba menyebabkan dia nyaris langgar perempuan itu, sekarang dia terjatuh gara-gara perempuan itu juga. Habis kotor baju dia yang berwarna putih dek terbaring di atas simen tersebut.
Namun Julia hanya terkulat-kulat. Adakah semua ini salah aku?
Danny mengeluh, cuba bersabar. “Aku hantar kau balik, sebelum kau meroyan tak tentu pasal,” kali ini suara Danny agak pelahan. Dia bangkit lalu menuju ke arah kereta.
Julia pula hanya akur. Namun belum sempat dia membuka pintu kereta, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Chobby,” ucapnya pelahan. Baru dia sedar tangannya kosong. Mana Chobby?
“Kejap!” kata Julia lantas berlari memasuki Shopping Mall. Danny yang telah pun berada di dalam kereta terpina-pina, tak sempat dia nak menghalang Julia, gadis itu telah pun jauh. Tanpa membuang masa, dia turut mengikuti jejak Julia.
Julia berlari anak melalui tempat yang baru di laluinya tadi, mengharap agar dia akan terjumpa anak patung kesayangannya itu. Namun hampa.
Danny berlari mendapatkan Julia. Perempuan itu memang dah meroyan! Kurang tebiat! Gerutu hatinya. Entah apa lagi yang perempuan itu akan buat, dia tidak pasti. Tetapi dia harus menghalang perempuan itu, bimbang melihat keadaannya yang semakin tak tentu hala. Pantas tangan Julia disentap.
“Awak nak apa?” marah Julia apabila Danny cuba menghalangnya.
“Kau tanya aku? Kau tu kenapa? Meroyan sorang-sorang kat sini?”
Julia meraut wajah. “Saya nak cari teddy bear saya,” jawab Julia.
Dahi Danny berkerut. “Kau nak cari teddy bear kau? Sampai kat tempat parking kereta? Sampai sanggup kena langgar? Kau ni hilang akal ke apa?”
“Ika, teddy bear saya mesti ada kat dia!” Kata-kata Danny langsung tidak diendahkan. Pantas telefon bimbitnya di keluarkan. Namun sebaik sahaja punat merah di tekan, dia mengeluh. “Teddy bear tu tak ada dengan Ika,” ujarnya.
“Sudahlah, kita balik ke kereta sekarang. Aku dahlah tak parking betul-betul kereta tu!”
“PERHATIAN, KEPADA PEMILIK KERETA BMW 5 SERIES BERWARNA HITAM BERNOMBOR ‘BLA.. BLA.. BLA..’ SILA ALIHKAN KENDERAAN ANDA SEGERA. SAYA ULANG SUARA…BLA.. BLA.. BLA..”
Danny terdiam. “Kau tengok! Semua ni sebab kau!” ujar Danny sambil menarik Julia. Gadis itu akhirnya pasrah.
“ARGGGHHHH…!!!” jerit Julia geram.
“Kenapa kau ni?” soal Shiela yang tergesa-gesa keluar dari kamarnya.
“Shiela, aku rasa aku dah nak gila!”
“Sabar Julia, cuba bertenang.”
Julia menarik nafas dan hembus.
“Macam ini lah, kau pergi mandi, tenangkan diri kau. Ni tak, balik aje terus memekik tak tentu hala, dah macam orang kurang siuman dah,” usik shiela lantas ketawa kecil.
“Aku serius ni,” pelahan suara Julia.
“Okey.. okey.. aku tahu.. macam yang aku cakap tadi, kau mandi dulu, tenangkan fikiran. Okey?”
Julia hanya mengangguk lemah. Kata-kata Sleila ada juga kebenarannya.
*********************
TUBUHNYA dihempaskan di atas katil. Sambil merenung syiling, fikirannya masih melayang ke kejadian yang baru berlaku tadi. Julia… bagaimana dia boleh bertemu dengan gadis itu semula? Sedangkan telah bertahun lamanya mereka berpisah. Apakah makna semua ini?
Tidak dia menyangka, gadis itu sanggup mengejarnya sampai ke tempat letak kereta. Apakah yang gadis itu inginkan? Tolonglah… mereka tidak boleh bertemu! Dia tidak mahu melukai hati itu, dan hatinya sendiri. Mereka harus hadapi perpisahan ini. Ini adalah kenyataan! Kenyataan yang harus mereka lalui, manakala cinta yang bertaut ini hanya impian dan khayalan yang tak mungkin di gapai.
*********************
“KAU dah okey dah?”
Julia mengangguk pelahan.
“Baguslah,” ujar Danny. Dia pantas berlalu menuju ke meja Ika. “I tunggu you kat kereta, jangan lambat!”
“Baik,” balas Ika yang sedang tersenyum sipu. Wajahnya kelihatan ceria. Danny pula terus beredar tanpa banyak bicara. Dengan tergesa-gesa Ika segera mengemas barangnya, dia tidak mahu membiarkan Danny menunggunya lama.
Julia mengerutkan dahinya. Kenapa si singa itu nampak lebih tenang? Tidak dingin seperti biasa? Dan… apa hubungan dia dengan Ika? Hatinya tiba-tiba terasa sesuatu.
“Wei, apa hal tu? Lain macam aje,” kata Anida menghampiri Julia sebaik sahaja kelibat Ika tidak kelihatan.
Julia menjungkitkan bahunya. “Entah.”
“Mesti Ika tu tengah seronokkan? Iyelah, keluar dengan pujaan hati..”
“Pujaan hati?”
“Yes, pujaan hati! Kau takkan tak tahu, si Ika tu dah lama ‘syok’ kat si… apa tu, kau panggil dia… singa lapar?” ujar Anida lantas ketawa terkekek-kekek.
Julia hanya tersenyum. “Sudahlah Nida, aku nak buat kerja.” Entah kenapa dia hilang ‘mood’.
“Okey. Nampaknya mood kau tak berapa baik.”
Anida lantas berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment