“SHEILA…!!!” jerit Julia girang.
Sheila yang mendengar namanya dipanggil bergegas keluar dari kamarnya. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, Julia terlebih dahulu memeluknya. “Kenapa ni?” tanya Sheila yang turut tersenyum melihat telatah kawannya.
Julia melepaskan pelukannya. “Aku dah dapat kerja!” ujar Julia.
Mata Sheila bulat. “Baguslah!” balas Sheila. Dia menarik kawannya ke sofa lalu melabuhkan punggung disitu. “Dekat sebulan jugalah kau jadi penganggurkan?”
Julia mengangguk. “Alhamdulillah, tapi…”
“Tapi apa?”
“Tak ada apa-apa,” balas Julia.
“Erm... kalau macam tu, bolehlah kau bayar sewa rumah bulan depan,” senda Sheila.
“Amboi!” Julia mencekak pinggang. Sheila mula ketawa terkekeh-kekeh.
“Iye lah, bulan ni aku bayar, bulan depan kaulah bayar pulak,” balas Sheila.
“Kau dengan aku pun nak berkirakan?” Julia mula menarik muka masam.
“Tak adalah, aku gurau aje,” pujuk Sheila. Hidung mancung Julia ditarik lembut.
“Shiela!” Julia menempis tangan Shiela. Sheila ketawa apabila Julia menunjukkan wajah marah.
“Tak baik tau!” ujar Julia. Manakala Shiela terus ketawa terbahak-bahak.
JULIA menghentakkan pungungnya di atas kerusi. Wajahnya masam mencuka. Kertas A4 ditangannya dipandang sepintas lalu sebelum dikomot lalu dicampakkan ke dalam bakul sampah. “Hishh!!” bentaknya geram. Pantas dia memicit dahinya, fikirannya kusut. Selama seminggu dia berkerja disini sudah cukup menguji kesabarannya.
“Kau ni kenapa?” soal Ika yang sedari tadi perhatikan Julia. Dia datang menghampiri Julia lalu duduk diatas meja.
“Aku tension lah, itu tak kena, ini tak kena. Habis dia nak aku buat macam mana lagi!” rungut Julia marah. Dia meraut rambutnya kebelakang sebelum mendengus kasar.
“Ini tak lain mesti pasal bos kita lah tu,” sampuk Anida yang tiba-tiba muncul.
“Bos kita! Kenapa dengan dia?” soal Ika.
“Alah.. takkan kau tak sedar kot, dia kan asyik pressure aje sejak kebelakangan ni,” kata Anida.
“Yelah! Aku pun perasan. Dia kalau tak mengamuk satu hari memang tak sah,” sokong Ika.
“Dia tu ada masalah ke? Kerja asyik nak marah-marah aje! Nak kata datang bulan tak boleh pulak!” bebel Julia celupar.
“Itu aku tak tahu. Tapi yang aku pasti dia baru aje lepas break dengan tunang dia dua tiga bulan lepas,” balas Anida.
“Dia break dengan tunang dia?” Julia memandang pelik wajah Anida, bagai meminta sebuah kepastian.
Anida menganggukkan kepalanya.
“Mamat macam dia tu pun ada orang nak? Huh! Aku rasa perempuan yang kurang waras aje yang akan suka dengan dia!” bebel Julia.
Ika tersenyum kelat, sedikit terasa dengan kata-kata Julia. “Kau jangan cakap macam tu Jue, dia tu kaya, ada rupa, ada stail, muda lagi tu, mestilah ramai peminat..”
Julia mencebik.
Anida pula hanya tersenyum sinis. “Ramai peminat? Tunang pun lari,” ujar Anida dengan riak wajah mengejek sebelum ketawa terkekek-kekek.
“Kau ni cakap biar bertapis, Nida. Jangan bawa cerita yang bukan-bukan!” kata Ika seakan memberi amaran.
“Eh, betullah! Buat apa aku nak tipu.”
“Tunang dia lari. Iyelah, mana ada orang yang boleh tahan dengan dia tu. Perangai macam singa kelaparan,” kutuk Julia lagi.
“Tahu tak apa,” balas Anida.
“Tapi macam mana kau tahu?” Ika pula bersuara.
“Tengok oranglah. Cakap aje gosip apa yang korang nak dengar, semua aku tahu. Ini Anida lah!” balas Anida angkuh.
“Yelah, baru aku ingat. Hari tu aku masuk pejabat dia, aku nampak ada cebisan gambar dia dengan tunang dia dalam bakul sampah. Bingkai gambar dia habis pecah bersepai kat atas lantai,” cerita Ika penuh semangat berserta gaya tangan.
“Iye ke? Hish… aku rasa dia tu ada masalah mentallah,” kutuk Anida bersahaja.
“Muka aje handsome,” ujar Ika.
“Dahlah, sebelum bos kita tu keluar. Lebih baik kita buat kerja masing-masing. Kalau tak… tak tahu apa lagi si ‘gila’ tu akan buat kat kita,” ujar Anida.
“Kau ni Nida tak baik tau!” balas Ika.
“Yelah, betullah apa yang Ika cakap tu. Gila-gila dia, gila lagi kita!” Julia pula bersuara.
“Kenapa pula?” soal Anida tak puas hati.
“Sebab kita berkerja dengan orang gila,” balas Julia berbau sindiran.
Anida terdiam , wajahnya masam. Dia mencebikkan wajahnya sebelum beredar. Ika pula tersenggih melihat riak wajah yang ditonjolkan Anida.
“Marahlah tu,” Ika bersuara pelahan tetapi masih boleh didengar oleh Julia. “Dia tu memang macam tu, suka bussy body pasal hal orang lain.” ujar Ika lagi.
Julia tersenyum lebar memandang wajah Ika. Dia sedar bahawa dia telah sakitkan hati kawannya, Anida.
“Jom lunch,” ajak Ika.
“Nantilah aku lunch, aku nak siapkan kerja dulu, tinggal sikit aje lagi ni,” jawab Julia. Dia mula menyelak beberapa kertas yang terdapat di atas mejanya.
“Takpe, takpe.. aku tunggu, nanti kalau dah ciap panggil aku, okey?” balas Ika.
“Okey!”.
MATANYA tidak lepas dari terus menatap skrin komputer disamping tangannya lincah menaip. Sesekali dia mengeluh. Dia mula mengeliat, tubuhnya terasa letih. Julia meraup wajah. Lalu bersandar lemah di kerusinya. Tiba-tiba, satu kelibat melintas di hadapannya, dia sedikit terkejut. Pantas dia bangkit seraya menahan kelibat tersebut.
“Maaf, cik ada buat apa-apa appointment ke?”
Langkah perempuan tersebut terhenti. “Well.. ada orang berani halang I!” perempuan tersebut bersuara, pantas dia menolehkan pandangannya.
Julia tergamam, matanya bulat memandang perempuan tersebut. “Err…”
“You mesti perkerja baru kat sini kan? Macam manalah si Danny tu boleh pilih you. Wait.. I rasa I macam pernah nampak you,” sambung perempuan itu lagi. Dia mula memikirkan sesuatu, cuba mengimbas kembali di mana dia pernah bertemu dengan Julia. “Oh, I see… you perempuan sengket yang I jumpa kat airport tu kan?” soal Elyana lalu ketawa mengejek.
Julia mengetap bibir. “I tanya, you ada buat appointment tak? Kalau tak ada, you boleh pergi dari sini!” marah Julia. Baginya tiada guna berlembut lidah bercakap dengan perempuan angkuh tersebut.
Elyana membeliakkan matanya. “I boleh datang sini bila-bila masa aje yang I nak, tak perlu buat appointment, so kalau you rasa you sayangkan kerja you, beradap bila bercakap dengan I!”
“Orang bodoh aje yang akan beradap bila bercakap dengan you!” herdik Julia, suaranya sedikit meninggi.
Elyana mengetap bibir, Julia benar-benar sedang mencabarnya.
“Kenapa ni?” tegur satu suara garau. Pantas dua gadis itu menoleh kepada tuan empunya suara.
“Danny, you tengok sikap biadap perkerja you ni!” marah Elyana.
Danny memandang Julia sepintas lalu lantas menoleh semula kearah Elyana. “You buat apa kat sini?”
“I? I cari you, because I miss you, Danny. I cari you kat rumah, you selalu tak ada. Jadi I terpaksalah datang cari you kat sini, tapi perkerja you ni. Sakitkan hati I, dia tak bagi I jumpa you. Ada ke patut? Dia herdik and maki hamun I, I tak tahu apa salah I. I betul-betul terkilan…” rengek Elyana.
Julia mencebik melihat sikap Elyana. “You jangan nak tambah-tambah cerita okey?” marah Julia geram.
“I tak tambah cerita, dah memang you kurang ajar!”
“Sudah! Aku taknak dengar apa-apa! Yana, masuk!” ujar Danny. Dia segera beredar masuk ke dalam pejabatnya, manakala Elyana hanya mengikut sambil tersenyum sinis.
Julia menghembus nafas, kesabarannya semakin hilang.
“YOU buat apa kat sini?”
“Kan I dah cakap tadi, I cari you,” jawab Elyana.
“You cari I? Please Yana, jangan nak malukan I,” marah Danny sambil menhentak meja.
Elyana tersentak. “Malukan you? I rasa I tak buat apa-apa yang salah pun. I call you, you tak angkat. I cari you kat rumah, you tak ada, sekarang bila I datang pejabat you, You marah-marah I pulak, dahlah tadi perkeja you yang biadap tu dah marah I. Kenapa dengan you Danny? Kalau you benci I, terus terang aje!” balas Elyana yang sedikit terkilan dengan sikap Danny.
“You tahu I bussy kan?”
“You setiap hari bussy, sibuk sangat dengan kerja you tu!”
“Dah tu kenapa masih tak faham lagi?! I taknak diganggu!” terking Danny pula.
Shelia mengetap bibir. “Salah ke kalau I rindukan you?”
Danny merenggus kasar. “I rasa I tak perlu jawab soalan you tu, sebab you boleh fikir sendiri. And now, you can go!”
Mata Elyana membulat. Dia mengetap bibir. “You halau I, Danny?”
“Get out!!!” herdik Danny. Wajahnya mula merah menahan marah. Dia terlalu benci melihat wajah perempuan itu, kehadiran perempuan itu seakan mencurah minyak ke atas api.
Elyana merenung tajam mata Danny sebelum berlalu pergi. “Suatu hari nanti you akan menyesal bila you dah jatuh sayang kat I,” jerit Elyana. Pintu pejabat Danny dihempas kuat. Dia terus berjalan laju tanpa menoleh sedikit pun.
Julia tergamam, Dia hanya mampu melihat Elyana yang berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya. Dia tidak pasti apa yang telah berlaku, tetapi yang dia tahu bahawa mereka baru sahaja bertengkar. Apakah hubungan mereka berdua? Adakah perempuan tadi itu adalah tunang si singa yang dimaksudkan oleh Anida? Gulp. Dia meneguk liur. Adakah dia adalah punca pergaduhan mereka? Dia tidak pasti. Tetapi apa yang dia tahu, si singga itu pasti tengah dilanda amarah. Apabila dia mendapati ada satu kelibat keluar dari pejabat Danny, dia mula kecut perut. Pelahan dia menoleh ke arah kelibat tersebut yang sudah pun berdiri tegak di sebelahnya.
“Aku nak kau letakkan fail untuk meeting esok kat atas meja aku,” pesan Danny lantas berlalu pergi.
Julia menghembus nafas lega. Mati-mati dia fikir yang si singa tu akan datang dan maki hamun dia. Lagi pun, tengok cara si singa itu bukanlah waras sangat!
“Ju, kenapa tadi tu?” soal Anida yang memang terkenal dengan sikap ‘bussy body’.
Julia menjungkit bahu. Malas hendak melayan Anida, entah kenapa dia masih berasa bimbang,. bimbang sekiranya dia akan kehilangan kerjanya. Jauh di sudut hati, dia terasa menyesal kerana cari pasal dengan perempuan angkuh tadi.
No comments:
Post a Comment