PANGGG…!!!
“Ini sebab kau permainkan Shiela! Dan ini pulak sebab Shiela tu kawan aku!!” tangannya cuba dihayunkan sekali lagi tetapi pantas disambar oleh Niezam.
“Kau ni kenapa?” soal Niezam separa terkejut.
“Lepaslah!” bentak Julia apabila Niezam mencengkam erat tangannya. Julia cuba menarik tangannya tetapi tidak berjaya.
“Suka-suka kau aje tampar aku, kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu aje?!”
“Sakitlah!!” tekan Julia. Dia mula meronta.
“Niezam, lepaskan tangan dia,” sampuk Danny.
“Kau jangan nak jadi ‘hero’lah!”
Spontan Danny menyentap tangan Julia dari cengkaman Niezam.
“Kau berpihak pada perempuan ni?” soal Niezam yang semakin tak dapat nak kawal perasaan. Dia memandang sekeliling, ternyata ramai yang sedang menyaksikan drama yang terjadi antara mereka. “Kau pergilah dengan dia!” marah Niezam lantas terus berlalu pergi.
Danny mengerut dahi. ‘Apa yang aku buat ni?’ soal hatinya. Dia mula terasa kesal.
Julia menghela nafas. Kemarahannya pada Niezam masih tidak terbalas, dia masih belum puas hati. “Itu baru sikit! Aku nak dia serik dari terus kecewakan hati perempuan!” bebel Julia geram.
Danny menjeling tajam ke arah Julia. “Licik betul kau kan?” soalnya dengan suara sedikit ditekan. Bimbang jika dia tidak dapat mengawal kemararahannya, wajahnya mula kemerahan. Terasa dirinya telah terpedaya dengan helah gadis kampung itu yang bukan main merayu nak berjumpa dengan Niezam, ingatkan ada hal penting. Rupa-rupanya… sungguh memalukan!
“Dahlah, saya nak balik,” balas Julia langsung tak mempedulikan kemarahan yang bergelora dihati Danny.
“Kau balik sendiri!” tegas Danny lantas berlalu meninggalkan Julia. Tangannya digempal erat.
Julia terkesima. Permergian Danny hanya diekori dengan pandangannya sahaja, sehinggalah lelaki itu masuk ke dalam kereta dan kereta itu meluncur laju. ‘Dia betul-betul tinggalkan aku? Aku nak balik dengan apa ni?’ bisik hati kecilnya. Bagai tak percaya lelaki itu begitu tegar!
DANNY menghentikan keretanya ditepi jalan. Arrggghhh…! Apa yang dia fikirkan ini? Dan apa yang merasuk dalam fikirannya!! Teruskan Danny, jangan patah balik! Perempuan itu yang mencari masalah, biarlah dia menanggung padah. Baru diberi muka sedikit, dah semakin berani pijak kepala!
Dia masih ingat lagi, bertapa gadis itu merayu agar pertemukan dia dengan Niezam, sampai sanggup menangis! Mati-mati dia fikirkan bahawa gadis itu sudah kecundang didalam jerat buaya seperti Niezam, tetapi lain pula disebaliknya. Bertapa bodohnya dia kerana mudah termakan dengan pujuk rayu perempuan kampung itu!
“Julia… kau memang sangat melampau!!” jerit Danny sambil menghentak steering keretanya. Dia cuba bertenang, namun tidak berjaya. Dengan hatinya yang sakit, dia meneruskan perjalanannya. Pandailah perempuan itu nak hidup, siapa suruh cari pasal dengannya! Jangan harap dia akan berpatah balik!
TERJENGKET-JENGKET dia berjalan akibat kakinya yang sakit, mungkin sudah bengkak sebab jalan terlalu jauh. Sayup dia memandang rumahnya, dia mula tersenyum kelat. Penyeksaannya bakal berakhir tidak lama lagi.
Sepanjang perjalanan itu, hatinya tidak putus-putus sumpah seranah si singa itu. Mana tidaknya, beg dompetnya boleh tercicir di dalam kereta si singa itu. Nasib dia tidak tahan teksi, kalau tidak mati dia tak tahu nak bayar macam mana. Sangkanya Danny akan berpatah balik, cukuplah hanya memulangkan dompetnya sekali pun tidak mahu menghantarnya pulang, tetapi nampaknya lelaki itu memang mahu menyeksanya.
Niezam… Danny… Niezam… Danny…!!! Kedua-dua sahabat itu sama sahaja! Macam manalah dia boleh dipertemukan dengan dua sahabat pelik itu? Adakah dunianya akan berubah menjadi zon penyeksaan? Tidakk!!!
Pintu rumahnya dihempas kuat bagi lepaskan kemarahan. “Arghhh..!!!” jeritnya persis orang gila. Kesabarannya telah tiada lagi kini. Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, membuatkan dia semakin hilang waras. Semua ini gara-gara Niezam! Dia terpaksa tinggal seorang diri dirumah ini kerana Shiela telah pulang ke kampung untuk menenangkan fikirannya, sampai bila dia tidak pasti.
Tiba-tiba kelopak matanya menjadi panas, dan air jernih mula mengalir menuruni pipi ngebunya. Hatinya benar-benar sakit. Namun dia masih tidak faham, mengapa dalam kemarahan yang melanda dirinya ada terselit rasa kecewa dan terluka? Apakah dia sudah tidak waras?
KERTAS-KERTAS dihadapannya dipandang sepi. Fikirannya benar-benar kosong. Danny sudah mula dengan perangai lamanya, dingin dan panas baran! Arghh… lelaki itu memang berubah-ubah! Manakala Ika masih enggan berbaik dengannya. Malah kebencian Ika terhadapnya turut mempengaruhi rakan sekerjanya yang lain, menyebabkan dia rasa tersisih. Mana tidaknya, Anida sendiri pun sudah tidak menegurnya, kehadirannya dipejabat itu langsung tidak diendahkan. Hampir pecah kepalanya memikirkan semua ini!
Bilakah semua ini akan berakhir? Dia tidak pasti! Terasa ingin meraung, tetapi tiada gunanya. Menangis pun, tiada siapa yang akan peduli. Ya Allah!! Beratnya ujian yang kau berikan, aku tak berdaya lagi! Rintihnya dalam hati. Hanya pada-Nya tempat dia mengadu kini.
“Julia!”
Julia tersentak dari lamunan lantas memandang wajah Danny yang bengis, persis seekor singa yang kelaparan.
“Iye, ada apa?”
“Kau dengar tak aku panggil?”
Julia mengerutkan wajahnya. Danny panggil dia? Tetapi bila?
“Encik panggil saya?”
“Susahlah kalau aku dapat perkerja yang pekak macam kau!!” terking Danny hilang sabar. Suara Danny yang tinggi membuatkan ramai mata menoleh ke arah mereka.
Sejak kejadian itu Danny bersikap lebih dingin dari biasa, pantang ada silap sedikit, memang teruklah dia kena. “Maaf,” luah Julia sebal.
“Laporan yang aku suruh kau buat tu dah siap dah?” soal Danny.
Laporan? Alamak! Dia terlupa.
“Be.. belum.”
“Kau ni memang tak gunalah!” maki Danny.
Berdesing telinganya saat itu, Danny benar-benar marah. “Maaf..”
“Aku taknak dengar kata maaf, no excuse me! Yang aku nak, hasil kerja kau! Ecok pagi aku nak pastikan ada lengkap kat atas meja aku, faham?”
“Fa.. faham…”
Pucat lesi muka Julia apabila diherdik dan dimaki sebegitu. Tambah memedihkan apabila melihat Ika sedang tersenyum mengejek memandangnya.
“Ingat!” Danny bersuara sebelum mengatur langkah pergi dari situ.
Sebalik sahaja Danny berlalu, Julia bergegas ke tandas. Dia tidak tahu mengapa hatinya terlalu perit dan sakit. Air matanya kian bercucuran bagaikan paip. Ya Allah, kenapa hati ini terlalu pedih. Aku betul-betul lemah! Bukankah maki hamun itu memang makanan untuk telinganya sejak melangkah masuk kerja lagi, tetapi mengapa kali ini terasa lebih memeritkan? Danny, mengapa mengingatimu sangat menyakitkan? Adakah aku sudah gila!!!
DETUMAN guruh yang kuat menyentap hati Julia. Namun digagahi jua dirinya untuk terus menaip. Sebenarnya dia benar-benar tidak dapat fokus pada kerjanya, biarlah satu jam berada di hadapan komputer sekali pun, namun satu perkataan pun tidak dapat ditaip. Otaknya seakan tak berfungsi.
Sekali lagi bunyi petir sambar-menyambar mengejutkan dia. Tangannya mula mengigil di saat itu, bulu romanya meremang, terkumat-kamit bibirnya berzikir dan mengucap. Dia benar-benar dalam ketakutan. Matanya meliar memandang sekeliling, pejabat itu kosong! Semua sudah balik. Mana tidaknya, jam telah pun menunjukkan pukul 8 malam.
Ya Allah, selamatkan aku! Bisik hatinya, dia berpeluk tubuh sambil memejam mata. Hujan yang lebat berserta guruh yang kuat melemahkan dirinya. Entah untuk yang ke berapa kalinya guruh berdentum lagi, tetapi kali ini lebih kuat dan mengakibatkan eletrik tiba-tiba terpadam. Mata Julia terbeliak, menjerit gadis itu. Dia pantas bangkit dan berlari tanpa hala tujuan, dalam keadaan gelap itu dia tidak dapat melihat apa-apa. Tiba-tiba satu tangan menyambarnya, menjerit gadis itu.
Lampu menyala kembali. Mata yang dipejam rapat kini dibuka semula. Entah sedar atau tidak, dia kini berada di dalam dakapan seseorang, dan yang pasti dia turut memeluk tubuh lelaki itu. Mungkin kerana terlalu takut, dia tidak sedar yang dia telah terpeluk orang, tetapi siapa? Dengan debaran didada, pelahan dia mendongak… Tergamam!
No comments:
Post a Comment