sinopsis bisikanlah cinta

JULIA… Aku masih mencintai dia, walaupun cinta itu telah usang. Jujurku akui, aku turut merasai kehadiran dirimu dalam hidupku. Tetapi aku harus menolaknya jauh, sebab sudahku nekad hatiku hanya untuk dia. Aku terlalu mendambakan kalimah cintanya, namun aku tak memahami mengapa harus ada cemburu di hatiku untukmu? Tolong, bisikkanlah cinta, agar aku bisa menjawab segala teka-teki.

ELYANA… Setiap kali nafazku hela, hanya namamu yangku seru. Dan disaat kakiku melangkah, bayangmu sentiasa mengekori. Cintaku indah, tetapi kau tak pernah memahami. Mawar yang mekar kian berduri, madu yang manis kini menjadi racun. Dan andaiku tak mampu memilikimu, tak mungkin ada insan yang bisa mendakapmu. Kerana bisikan cintamu hanya untukku!

DANNY… Sejarah silam sering menghantui diriku, namun kepedihannya tersimpan jauh disudut hati. Hanya aku seorang yang merasa, dan disebabkan itu yang telah menghayutkan aku ke dunia ciptaan sendiri, iaitu dunia yang tiada cinta dan air mata. Sehingga aku sering kali mengganggap bahawa perempuan itu hanya menyusahkan! Jadi untuk apa sebuah bisikan cinta?

NIEZAM… jangan kau jadikan kisah lalu ku sebagai alasan untuk menjauhkan diri dariku. Tahukah kau bertapa dalamnya cintaku padamu? Aku sanggup berubah demi mu sayang, aku berjanji akan memberikan kebahagiaan kepadamu kasih. Namun mengapa kau tidak pernah ingin mendengar bisikan cintaku? Kenapa kau tidak pernah untuk cuba mengerti keikhlasan hatiku?

PERSOALAN demi persoalan merasuk minda, kekecewaan sering menghantui diri. Sedangkan rindu dihati kian bernanah. Benarlah! cinta memerlukan sebuah pengorbanan… tidak semua mampu memiliki kebahagiaan, kerana dugaan sering menguji kita, dan air mata duka pasti mengalir jua. Kerana realiti tidak seindah mimpi, namun sebuah mimpi indah tidak semanis realiti. Dan mampukah kita mengecapi kasih suci tanpa sebuah bisikan cinta?

Sunday, June 26, 2011

bisikkanlah cinta bab 5



“ABANG dah panggil Danny balik?” tanya Datin Sarifah.
         Datuk Daniel menganggukkan kepalanya. “Sudah, sekejap lagi sampailah dia,” balas Datuk Daniel.
         “Bagus sangatlah tu, lagipun Yana ni dah tak sabar sangat nak jumpa si Danny tu, baru semalam sampai Malaysia, hari ni dah datang ke sini,” ujar Datin Sarifah lalu ketawa terkekek-kekeh.
         “Hish auntie ni, mengarut aje!” ujar Elyana malu.
         “Apa yang mengarutnya, betul apa. Masa sebelum bertolak dari Australia lagi asyik nama Danny aje yang dia sebut, rindu sangatlah ea rah,” sampuk Datin Erina.
         “Mama...” marah Elyana. Serentak Datin Sarifah dan Datin Erina ketawa apabila wajah Elyana mula merona merah.
         “Tengok itu, muka dah merah,” sampuk Datuk Bahdrul pula. Sekali lagi ketawa berderai memecah kesunyian ea ra.
         “Papa, mama dan auntie ini tak baik tau kenakan Yana…” rungut Elyana manja.
         Hilaian ketawa terus bergema untuk beberapa saat sebelum keadaan kembali sunyi.
         “Ha.. mesti Danny dah balik tu,” ujar Datin Sarifah lalu mengintai ke halaman rumah melalui jendela apabila terdengar bunyi deruman kereta. Tidak lama kemudian, pintu rumah dikuak pelahan.
         “Sorry lambat,” sapa Danny sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu, langkahnya terhenti apabila matanya terpandang kearah Elyana.
         “Its okey, duduklah dulu,” pelawa Datuk Denial apabila Danny masih berdiri tegak di hadapan pintu.
         Danny hanya menurut. Dia duduk di sebelah Elyana apabila memandangkan hanya di situ sahaja terdapat tempat kosong. Elyana yang mulanya tenang mula tersipu malu apabila si pujaan hatinya berada disebelah.
         “Ada apa hal daddy panggil Danny balik ni?” soal Danny hairan apabila semua orang hanya membisu dan memandang ke arahnya.
         “Daddy Cuma nak bincang pasal masa depan kau, iye lah. Kau tu dah dewasa, takkan tak ada apa-apa perancangan untuk berkeluarga,” Datuk Denial memulakan bicara.
         Wajah Danny berkerut. Dia masih tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh Datuk Daniel. “Please daddy, straight to the point, apa yang daddy maksudkan?”
         Datuk Daniel menarik nafas panjang sebelum memulakan kata-kata. “Daddy dah rancang dengan Uncle Bahdrul untuk satukan kau dengan Yana, lagipun daddy rasa perkara ni tak akan menjadi masalah memandangkan kau dengan Yana sudah berkawan dari kecil lagi. Korang pun dah saling mengenali hati budi masing-masing. Jadi elok sangatlah tu kalau korang di satukan,” terang datuk Daniel. Datuk Bahdrul hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
         Danny tersenyum sinis mendengar kata-kata datuk Daniel. “I don’t know how you can think about me, and thank because you care about my life. Tapi… Danny lagi suka kalau daddy uruskan urusan daddy aje!” ujar Danny angkuh dan sinis. Dia bangkit dari sofa lalu melangkah pergi.
         “Danny!” panggil datuk Daniel lantang. Namun panggilan itu lansung tidak diendahkan oleh Danny. Dia terus melangkah ke kamarnya. Dhumm!! Pintu bilik sengaja dihempas kuat bagi menyakitkan lagi hati orang tua itu. Datuk Daniel mengetap bibir. Wajahnya yang putih bertukar merah dek marah yang teramat sangat.
         Keluarga Datuk Bahdrul hanya terdiam melihat bertengkaran yang berlaku diantara dua beranak itu.         
         “Err… Yana minta maaf kalau kehadiran Yana telah menimbulkan kekecohan, Yana betul-betul tak berniat macam ni,” ujar Elyana yang mula dirundung rasa bersalah dan kecewa. Perasaan sedih mula menyelinap masuk ke dalam hatinya apabila mengenangkan sikap Danny tadi.
         “Yana tak bersalah. Lagipun hanya masalah kecil aje,” balas Datin Sarifah apabila menyedari riak wajah Elyana yang berubah tiba-tiba.
         “Sudahlah, I rasa yang I patut baliklah datin. Yelah anak you macam tak suka aje dengan kehadiran kami,” ujar Datin Erina pula yang mula rasa kecil hati.
        Datin Sarifah dan Datuk Daniel hanya mampu mengangguk tanda merelakan permergian Datin Erina sekeluarga. Sedikit perasaan sebal mula menjalari hati Datuk Denial.
         “Danny tak sepatutnya bersifat kasar macam tu, lagi-lagi bila ada tetamu. Saya rasa malu sangat pada Datin Erina, Elyana dan Datuk Bahdrul, huh!” luah Datin Sarifah kesal.
        “Dia semakin besar semakin menjadi-jadi! Aku tak tahu nak buat macam mana lagi, biadab sangat! Tak reti nak hormat orang langsung!” bebel Datuk Daniel meluahkan rasa amarahnya.
        “Saya rasa abang perlu bincang dengan dia elok-elok. Iye lah, tentang penjodohan dia dengan Elyana bukan perkara main-main, itu adalah satu-satunya harapan awrah kak Wadah, itulah permintaan tarakhirnya sebelum dia..” kata-kata Darin Sarifah terhenti disitu. Datuk Deniel hanya mengangguk tanda setuju.

SEPERTI  biasa Danny akan menenangkan perasaannya di balkoni kamarnya. Entah kenapa sejak muktahir ini emosinya tidak menentu, mudah sahaja mengamuk tak tentu pasal. Kekadang dia terasa benci terhadap dirinya sendiri. Tetapi mereka juga harus memahami dia, bukan dia sengaja mahu bersikap diingin, Cuma keadaan yang memaksanya begitu.
         Pelahan tangannya meraba kocek seluarnya lalu mengeluarkan sebentuk cincin. Lama matanya menatap cincin tersebut. Dia mengempal tangan, kalau ikutkan hati mahu sahaja dicampaknya cincin itu sejauh mungkin. Namun dia tidak tegar. ‘Farah… sampai bila aku harus menanggung derita ini??? Aku cintakan kau! Hanya kau! Tak mungkin ea rah pengangti…’ jerit batinnya.
         Danny mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal, lantas dia meraut wajahnya. Pandangannya dialihkan ke halaman rumahnya. Lampu neon yang terpasang di taman mini halaman rumahnya cukup mengindahkan pandangan. Tambahan pula kolam ikan buatan manusia, bunga-bunga pelbagai warna dan batu-batu indah yang terhias serta pohon-pohon ea rah yang mampu menenangkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Danny memejamkan matanya, lantas ingatannya terimbas pada kejadian pagi tadi, semasa temuduga sedang dijalankan. Dia mendapat panggilan emergency dari ayahnya secara tiba-tiba. Tanpa banyak soal dia terus tergesa-gesa balik ke rumah, tetapi akhirnya apa yang terjadi tak seperti yang difikirkan. Huh!

KETUKAN meragut khayalannya, dia bergegas masuk ke kamarnya lalu membuka pintu.
        “Daddy,” sapa Danny ringkas sebaik sahaja mendapati bahawa Datuk Deniel yang mengetuk pintu kamarnya sebentar tadi.
        “Boleh daddy masuk?” tanya Datuk Deniel. Danny mengangguk lantas duduk di atas sofa yang terdapat di kamar tersebut, Datuk Deniel hanya megekori dari belakang. “Daddy ada something nak cakap dengan kau,” ujar Datuk Denial setelah duduk di hadapan Danny.
        “Pasal tadi?” teka Danny.
        Datuk Denial mengangguk.
        Danny mula mengeluh kebosanan.
        “Kau tak sepatutnya bersikap macam tu!” luah Datuk Denial.
        “So?” balas Danny pula. Seperti acuh tak acuh.
        “Kau kena bertanggungjawab atas kesalahan kau. Kau dah singgungkan perasaan mereka!”
        “Sorry daddy, I’m tired!” jawab Danny selamba. Dia bangkit dari sofa. Entah kenapa dia berasa marah. Apa yang pasti, Datuk Daniel sedang cuba meletakkan semua kesalahan di bahunya. Dan kebenaran pastinya milik Datuk Daniel!
        “What wrong with you Danny? Kenapa suka sangat mengelak dari bercakap dengan daddy?”
        ‘Bercakap? Huh! Buang masa aje!!’ bebelnya dalam hati. Dia terus melangkah pergi dari situ.
        “Daddy cuma nak yang terbaik untuk anak daddy. Daddy rasa kau boleh nampak pilihan Danny adalah tepat. Buktinya Farah, dari dulu lagi daddy tak suka tengok kau dengan Farah, sekarang apa yang berlaku? Kau juga yang kecewakan?”
        Langkah Danny terhenti. Tersentak dia mendengar kata-kata Datuk Daniel. Tidak dia menyangka bahawa Farah akan turut dikaitkan dalam masalah ini. Dia menjeling tajam ke arah orang tuanya itu. Perasaannya mula menyingga.
        “Daddy please, I don’t want to talk about that. Danny malas nak fikir pasal jodoh ni, sekarang ni apa yang penting kerja, kerja dan kerja..” tekan Danny.
        “Sampai bila kau boleh bertahan dengan kerja kau tu? Kau ingat kau boleh bahagia dengan cara macam ni?”
        “Bahagia? Inilah kebahagiaan Danny!” ujar Danny lantas menyambung langkahnya kembali. Dia mencapai tuala, ingin memboloskan dirinya didalam bilik air. Semakin dilayan bapanya itu semakin banyak yang dia akan berleter, mengalahkan mulut perempuan!
        Datuk Denial hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak bujangnya. Bukan dia sengaja mahu mendesak Danny, tapi dia teringin juga hendak menimang cucu dari anak kandungnya sendiri. 

No comments:

Post a Comment