sinopsis bisikanlah cinta

JULIA… Aku masih mencintai dia, walaupun cinta itu telah usang. Jujurku akui, aku turut merasai kehadiran dirimu dalam hidupku. Tetapi aku harus menolaknya jauh, sebab sudahku nekad hatiku hanya untuk dia. Aku terlalu mendambakan kalimah cintanya, namun aku tak memahami mengapa harus ada cemburu di hatiku untukmu? Tolong, bisikkanlah cinta, agar aku bisa menjawab segala teka-teki.

ELYANA… Setiap kali nafazku hela, hanya namamu yangku seru. Dan disaat kakiku melangkah, bayangmu sentiasa mengekori. Cintaku indah, tetapi kau tak pernah memahami. Mawar yang mekar kian berduri, madu yang manis kini menjadi racun. Dan andaiku tak mampu memilikimu, tak mungkin ada insan yang bisa mendakapmu. Kerana bisikan cintamu hanya untukku!

DANNY… Sejarah silam sering menghantui diriku, namun kepedihannya tersimpan jauh disudut hati. Hanya aku seorang yang merasa, dan disebabkan itu yang telah menghayutkan aku ke dunia ciptaan sendiri, iaitu dunia yang tiada cinta dan air mata. Sehingga aku sering kali mengganggap bahawa perempuan itu hanya menyusahkan! Jadi untuk apa sebuah bisikan cinta?

NIEZAM… jangan kau jadikan kisah lalu ku sebagai alasan untuk menjauhkan diri dariku. Tahukah kau bertapa dalamnya cintaku padamu? Aku sanggup berubah demi mu sayang, aku berjanji akan memberikan kebahagiaan kepadamu kasih. Namun mengapa kau tidak pernah ingin mendengar bisikan cintaku? Kenapa kau tidak pernah untuk cuba mengerti keikhlasan hatiku?

PERSOALAN demi persoalan merasuk minda, kekecewaan sering menghantui diri. Sedangkan rindu dihati kian bernanah. Benarlah! cinta memerlukan sebuah pengorbanan… tidak semua mampu memiliki kebahagiaan, kerana dugaan sering menguji kita, dan air mata duka pasti mengalir jua. Kerana realiti tidak seindah mimpi, namun sebuah mimpi indah tidak semanis realiti. Dan mampukah kita mengecapi kasih suci tanpa sebuah bisikan cinta?

Thursday, June 23, 2011

bisikkanlah cinta bab 1



SATU… dua… tiga… Aku Cinta Padamu! Huh..! Mengapa begitu sukar untuk mengungkapkan tiga patah perkataan itu sahaja? Tahukah kau jiwaku sudah parah untuk menanti kata-kata itu? Tolonglah berikan aku jawapan yang pasti, dan jangan biarkan aku terus berteka-teki…
     Adam… sesungguhnya aku terlalu mendambakan cintamu, aku ingin kita menjalinkan hubungan cinta. Kerana perasaan dihatiku bukan lagi sebagai seorang adik terhadap abangnya, tetapi lebih dari itu. Alangkah bahagianya jika mimpi indah menjadi kenyataan dan harapan menjadi realiti. Argghh…! Bertapa tersiksanya bertemankan angan-angan, aku tidak ingin terus berkasihkan bayang-bayang.

DUMM..!! Bunyi hentakan pintu mengejutkan Shiela, dia pantas bergegas keluar dari kamar tidurnya. Matanya tepat memandang ke arah Julia yang sedang bersandar lemah diatas sofa, seraut wajahnya terpancar perasaan hampa. Shiela hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan Julia begitu.
     “Kenapa dengan kau ni?” soal Shiela lalu duduk di hadapan Julia.
     Julia menggelengkan kepalanya. “Entahlah,” ujar Julia acuh tak acuh.
     “Cakaplah apa yang berlaku sebenarnya,” pinta Shiela.
     “Aku dah resign,” ujar Julia ringkas.
     Mata Shiela terbeliak. “Apa? Kau resign?” soal Shiela untuk dapatkan kepastian.
     Julia hanya mengangguk lemah, riak wajahnya penuh kesal dan hampa.
     “Kenapa?”
     Julia terdiam untuk seketika, wajah yang hampa bertukar menjadi marah. “Dasar orang tua miang!” terlucut perkataan itu dari bibir manis Julia. Shiela hanya memandang dengan penuh hairan.
     “Dia fikir aku ni perempuan macam mana? Aku ada harga dirilah! Dan aku takkan benarkan sesiapa pun jatuhkan maruah aku!” marah Julia.
      “Sabar.. sabar Julia… apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Shiela sambil cuba menenangkan Julia yang tak semena-menanya marah. Bahu Julia diramas lembut.
      “Datuk Ismail tulah, cakap benda yang tak sepatutnya dengan aku. Patut ke dia ajak aku bermalam di rumahnya…! Eei.. sorrylah! Dia ingat aku ni perempuan yang macam mana? Aku bukan perempuan  murahanlah!” Julia mendengus kasar sebelum sambung kembali kata-katanya. “Ada ke patut dia cuba nak peluk aku tadi. Ha.. kan free-free makan penampar aku, baru padan muka! Masa tu jugak aku letak jawatan, tapi dia tak bagi. Dia suruh aku stay kerja kat situ, jangan haraplah!”
       Julia membetulkan kedudukan dia sambil cuba menenangkan kemarahannya yang sememangnya sedang hangat membara. “Lagipun aku memang dah tak tahan sangat kerja kat situ, nak layan karenah bos yang gatal!” luah Julia dengan suara agak pelahan berbanding tadi setelah merasakan sedikit kelegaan.
       “Hishh.. Aku tak sangka sampai macam tu sekali, nama aje datuk. Tapi biadap!” sampuk Shiela pula.
       “Dahlah, aku dah malas nak fikir pasal ni lagi. Rimas..! Esok aku akan cari kerja baru,” ujar Julia.
       “Hurm, elok sangatlah tu,” sokong Shiela.
       “Okeylah, aku nak mandi, lepas tu aku nak solat dan tidur.” Julia bingkas bangun dari sofa lalu berjalan perlahan menuju ke kamarnya. Shiela hanya mengekori lengguk Julia melalui pandangan matanya sahaja.
      
HUJAN yang lebat sedari tadi melenakan lagi tidur para seisi alam, benar-benar dingin dan tenang. Namun bagi Julia, malam itu tidak mampu menarik lenanya. Begitulah dia apabila hujan muncul pada waktu malam, pasti sukar melelapkan mata, dan kenangan lalu akan mula mengusik angannya. Kalau hujan ini berlarutan sampai pagi, alamatnya sampai pagilah dia tidak dapat tidur.
       Bunyi dentuman guruh yang kuat membuatkan Julia menjerit, namun tiada siapa yang mendengar kerana bunyi guruh yang terlalu kuat. Pantas Julia memeluk bantal, dia benar-benar ketakutan. Tubuhnya mengigil, air matanya mula mengalir. Terkumat-kamit bibirnya beristifar dan berselawat.

“JULIA takut petir,” rengek Julia. Air matanya mula mengalir.
       “Julia jangan takut, abangkan ada di sini,” pujuk Adam lalu mengesatkan air mata Julia. Jari jemari Julia digengam kemas. “Abang akan jaga Julia, Julia janganlah nanggis.” tambah Adam lagi. Tubuh kecil Julia dirangkul kemas. “Abang akan pastikan Julia selamat disisi abang.”
       Julia mengangguk pelahan. “Abang jangan tinggalkan Julia tau! Abang janji dengan Julia, abang akan sentiasa jaga Julia, janji tau!”
       “Iye sayang, abang janji. Juliakan adik abang, tapi abang taknak tengok Julia nanggis lagi, okay!”
       “Okay, Julia takkan menanggis selagi abang bersama Julia,” sahut Julia.
       “Macam tulah adik abang, adik abang mestilah kuat.”

“ADAM…” Julia mula menanggis.
      Pelukan pada bantal dieratkan. Dentuman guruh masih tidak lagi berhenti. “Adam…” Julia bersuara  lagi sambil mengharap bahawa Adam akan hadir di sisinya saat ini. Sekali gus kenangan bersama Adam bermain di ingatan. Benar-benar meruntunkan jiwanya. Kini Adam tidak lagi kelihatan, dia telah menghilangkan diri. Hanya kenangan yang mampu merawat rindunya terhadap Adam. Dia akui, persahabatan yang terjalin sejak kecil telah membuahkan rasa cinta.
      Hujan mulai reda, yang tinggal hanya gerimis halus. Julia bangkit dari tilamnya, lalu menerpa ke arah jendela. Daun tingkap dibuka luas, dibiarkan sahaja tempias hujan menyentuh wajahnya. Kemudian dia mendongak memandang bulan, tanpa dia sedari bayangan wajah Adam muncul,seakan melambai-lambai kearahnya. “Akanku terbang ke bulan, seandainya kau ada disitu. Biarlah untuk sedetik cuma, asalkan ia mampu merawat rinduku padamu Adam..” ucap Julia sambil tersenyum memandang bulan.

*****************************************************************

DANNY  menundukkan wajahnya, dia benar-benar tidak sanggup untuk terus menatap bulan. Disitu bagaikan pita rakaman yang memutarkan seribu satu cerita suka dan duka dia bersama insan yang tersayang. Kini dia benar-benar sengsara. Mengenali insan itu mampu memberi dia sejuta rasa bahagia, cemburu, kesal, kecewa, rindu hingga mengamit perasaan yang  tidak dapat digambarkan. Dia kini terkilan, tidak pernah dia menyangka betapa rendahnya harga diri seorang perempuan yang bernama Farah.
       Huh! Danny benar-benar kebinggungan, tangisan Farah masih lagi tergiang-giang diingatan. 
       “Danny… Percayalah! Ini semua bukan salah I. You dah salah faham, diorang semua pun dah salah faham, I tak lakukan semua ini. I tak pernah curang dengan you, please trust me..!” rayu Farah sambil menangis teresak-esak. Digongcangnya tubuh Danny untuk menagih simpati dan reaksi Danny sambil mengharap bahawa Danny akan memihak kepadanya.
       Namun Danny hanya kaku, dia seakan kehilangan kata-kata. Bukan dia tidak simpati pada Farah, tetapi bukti sudah jelas di depan mata, mustahil bagi dia untuk menidakkan benda yang benar dan nyata.
       “How can I believe you?” soal Danny lemah.
       Farah terkaku, terasa bagaikan dunia menjadi gelita. Terjelepuk dia di atas lantai, lemah tidak berdaya. Air matanya semakin lebat mengalir. “I think you will believe me, my parent dah tak percayakan I lagi, please don’t let me damn!” Farah bersuara lemah, esak tangisannya semakin kuat.
       “I tak tahu apa yang patut I buat sekarang, I memang  tak boleh nak percayakan you Farah. You yang sebenarnya kecewakan I, Bukan I yang kecewakan you. I dah sedaya upaya cuba pertahankan hubungan kita, tapi you dah hancurkan semuanya…”
       “Stop it! Jangan you cakap yang you nak putus dengan I. I tak sanggup kehilangan you, I love you Danny…”
       “I love you too, but i’m so sorry, from this moment. Me and you is nothing,” ujar Danny lemah. Dia mula berpaling kebelakang. Tangisan Farah tidak lagi diendahkan, hatinya benar-benar terluka. Langkah yang diaturkan terasa sangat berat, dunianya tiba-tiba menjadi kelam. Bertapa lemahnya dia saat itu. Namun digagahi jua hatinya, dan kini telah disematkan jauh didalam hati, cinta ini telah berakhir. Dia harus terus berjalan untuk menjauhi cinta ini, walaupun ketika itu hatinya menangis, dan jiwanya meronta pedih.
       Danny bersandar lemah di atas kerusi malas di balkoni kamarnya, disitulah tempat dia melepaskan segala perasaan. Walaupun segalanya sudah lama berlalu, namun mustahil bagi Danny untuk menerima kenyataan apabila kekasih hatinya ditangkap khalwat dengan lelaki lain. Hati lelaki mana yang  tidak tercabar? Dan dia harus akui, Farah bukan lagi miliknya kini.
       Air mata yang mula bergenang ditepis, dia tidak mahu lagi kecewa. Dia harus bangkit semula, bangkit dengan azam yang baru. Tidak akan kalah dan mengalah dalam cinta lagi, perempuan hanya menyusahkan! Kerana perempuanlah dia terseksa dan merana. Bertapa deritanya hidupnya hanya kerana seorang wanita!
       “I tak sangka yang you sudi jumpa dengan I lagi. I ingat you dah lupakan I. lagipun, sejak kejadian hari tu you terus menghilangkan diri. I betul-betul terseksa sepanjang ketiadaan you Danny, I really really miss you..”
       Danny memejamkan matanya, kata-kata Farah benar-benar menbuatkan hatinya terasa pedih. Kalau bukan kerana akalnya yang masih waras, sudah lama didakapnya tubuh Farah, dan dia ingin memberitahu bertapa dia terseksa dengan perpisahan ini. “Mana cincin I?” soal Danny berpura-pura tidak peduli akan kata-kata Farah tadi. Dia cuba berlagak tenang, namun dalam hatinya berkocak hebat.
       Farah mengetap bibir, perit kian mencengkam hati. Dia rindu senyuman mekar Danny, dia ingin Danny mendakap tubuhnya, sambil meluahkan kata-kata cinta. Arrgghh..! kenapa semua itu hilang sekelip mata? Tidak cintakah Danny terhadapnya? Hatinya begitu sakit, tapi kenapa Danny hanya berwajah tenang? “You nak akhiri segalanya?” tersekat-sekat dia bersuara.
       “I tak banyak masa…”
       “Danny,, kenapa you…”
       “Farah, please, semuanya dah lama berakhir…”
       “Tolong jangan buat I macam ni, I tak boleh kehilangan you Danny. Please don’t do this…”
       “Stop it Farah, averything is over! I tak boleh terima you kembali! I taknak bertanggungjawab atas semua dosa yang telah you lakukan..”
       Farah menekup mukanya dengan dua belah tapak tangan, setiap patah perkataan yang di luahkan oleh Danny benar-benar menghiris perasaannya. “How dare you! Kenapa you susah sangat nak percayakan I? I tak lakukan semua tu!”
       Danny menekup kedua belah telinganya. Suara Farah semakin galak tergiang-giang di minda, Jiwanya betul-betul parah. Lantas dia menolehkan pandangannya ke arah bintang-bintang di langit . Dia melepaskan keluhan. Bertapa seksanya hendak mengakhiri hubungan yang telah lama terbina. Mungkin ini penamat kisah cintanya.  Kenapa dia dihujani dengan dugaan yang cukup berat? Mengapa semua ini harus terjadi sedangkan dia begitu setia pada cintanya? Dan mampukah dia menempuhi hari-hari yang akan mendatang tanpa seseorang yang amat disayangi?? Dia buntu.
      Danny bangkit dari kerusi malasnya. Pelahan dia melangkah masuk ke kamarnya apabila matanya mula kuyu, dilabuhkan tubuhnya pada tilam empuk. Tidak lama kemudian mimpi mula datang menemani lenanya.

*****************************************************************

“JULIA… Julia, bangun.”
        “Hurmm..” Julia mula mengeliat malas apabila tidurnya diganggu.
        “Hey, bangunlah… anak dara tak elok bangun lambatlah, bangun!”
        “Iye, nak apa?” Julia mencelikkan matanya, memandang Sheila yang berdiri dihadapan matanya.
        “Kau cakap nak cari kerja, tapi bangun lewat.” Rungut Shiela.
        “Aku tidur lambatlah semalam,” akui Julia.
        “Yang kau tidur lambat tu kenapa? Cakap nak cari kerja. Sepatutnya kau tidur awal, baru boleh bangun awal.”
        Julia mula tersenggih. “Aku tak dapat tidur, hujan lebat sangat. Takut…” ujar Julia sambil mengeletarkan badannya.
       “Banyak songgeh pula minah ni, dah bangun-bangun. Pergi mandi!”
       “Yelah mak nenek,” usik Julia lalu ketawa terkekeh-kekeh.
       “Siapa mak nenek?” soal Sheila mencekak pinggang sambil membeliakkan matanya.
       “La.. bergurau sikit takkan tak boleh,” Julia tersenyum nakal.
       “Nak gurau biarlah kena pada masanya, tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?”
       “Berapa?”
       “Sepuluh lebih dah kak oi,” ujar Sheila.
       Mata Julia terbeliak. “OMG!” Julia pantas bangit mencapai tuala lalu bergegas ke kamar mandi. Sheila hanya tersenyum melihat gelagat Julia.
       “Itulah, main-main sangat..” rungut Sheila lagi.
       Selesai mandi Julia mengenakan pakaian yang kemas, mukanya disolek sedikit agar tidak nampak pucat dan sembab gara-gara tidak cukup tidur. Dia mencapai beg tangan lalu melangkah keluar dari kamarnya. “Sheila, aku keluar dulu ye?”
        “Hamboi, tergesa-gesa keluar ni kenapa? Tak sarapan dulu ke?”
        “Aku sarapan kat luar aje lah, dah lambat ni,” ujar Julia.
        Shiela mengangkat kening. “Lambat?”
        Julia tersenyum. “Aku ada termuduga hari ini, sebenarnya aku dah lama planning nak berhenti kerja, Cuma tak ada kenyakinan lagi, tapi semalam aku dah betul-betul nekad untuk berhenti. Dan sekarang, aku akan try apply mana-mana tempat, tengoklah kalau ada rezeki, insya-Allah,” ujar Julia panjang lebar.
        “Hurm, okeylah, baik-baik jalan..” balas Shiela. Pandangan matanya terus mengekori Julia sehingga hilang dari pandangan mata.
        Dalam hati Julia tidak putus-putus berdoa agar dia tidak terlalu lambat untuk menjalani sesi temu duga tersebut di samping berharap agar mendapat perkerjaan yang diinginkan.
        Julia melangkah masuk ke dalam Syarikat Bestari. Pelahan pintu pejabat diketuk setelah gilirannya tiba. “Masuk!” apabila mendengar arahan dari sebalik pintu, Julia segera melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dengan wajah yang hampa. Mungkin nasib tidak menyebelahinya, fikirnya dalam hati.
        Julia melabuhkan punggungnya diatas kerusi, dia mula mengeluh. Tidak dapat dia gambarkan bagaimana hendak menjalani hidup di Bandar raya Kuala Lumpur sekiranya tidak mempunyai sebarang perkerjaan. Resah gelisah bercampur rasa dalam hatinya membuatkan jiwanya tidak tenteram. “Cik nak order apa?” tanya seorang pelayan perempuan secara tiba-tiba yang memakai pakaian seragam berwarna merah berserta skirt putih yang menutupi sebahagian pehanya.
        Julia yang sedang asyik mengelamun tersentak lantas menolehkan pandangannya ke arah perempuan tersebut. “Bagi saya fresh orange, itu aje,” balas Julia dengan senyuman tawar. Pelayan tersebut menganggukkan kepalanya sebelum beredar. Sebaik sahaja kelibat pelayan itu tidak kelihatan, Julia kembali dibuai khayalan.
        PRANNGG!!!
        Mengeletar sedikit tubuh Julia kerana terkejut apabila terdengar bunyi hentapan yang kuat, pantas pandangannya dialihkan ke arah meja yang bersebelahan dengannya.
        “Awak tak guna!! Sampai hati awak tipu saya, saya percayakan awak! Tapi ini ke balasan yang awak bagi kat saya ha?!”jerit seorang perempuan seakan sudah hilang waras. Kelihatan seorang lelaki datang menerpa ke arah perempuan tersebut, cuba menghalang perempuan tersebut daripada melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.
        “Siapa perempuan gila ni? Tiba-tiba datang menyerang, lebih baik you jujur dengan I?” soal seorang lagi perempuan yang sememangnya dari tadi bersama dengan lelaki tersebut.
        “I akan jelaskan semuanya, tapi bukan sekarang,” lelaki itu pula bersuara.
        “Kenapa tak boleh jelaskan sekarang? Awak hanya perlu cakap dekat ‘perempuan miang’ ni yang saya girlfreind awak, itu aje!!” perempuan itu menjeling tajam kearah perempuan yang bersama kekasihnya itu.
        “Siapa perempuan miang?!” melengking suaranya.
        “Kaulah! Dasar perempuan miang!!!” serentak kedua-dua perempuan tersebut bergelut.Perempuan tersebut terjerit-jerit sambil menarik-narik rambut sehingga berguling di atas lantai.
        Niezam terkaku. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal, rimas melihat keadaan yang sedang belaku di depan matanya. Dia benar-benar kebuntuan, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia memandang sekeliling, ternyata semua mata sedang tertumpu ke arahnya. Ada yang berdiri, ada yang terdongak-dongak, ada yang berbisik-bisik dan macam-macam lagi reaksi orang ramai. Dia mula gelabah. ‘Cabut’ hanya itu sahaja yang dia fikirkan sekarang. Tetapi bagaimana dengan dua orang perempuan ini? Huh! Lantak dia orang lah!!! Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu apabila keadaan semakin tidak terkawal.
        Julia mengetap giginya, lalu dia menghela nafas. Tidak pernah dia jumpa dengan lelaki seperti itu, langsung tidak bertanggungjawab! Dia jadi tidak senang melihat lelaki tersebut bersikap lepas tangan, sedangkan lelaki itulah punca segalanya. Kalaulah dia yang jadi perempuan itu, pasti sudah ditampar pipi lelaki tersebut. Biar lelaki itu sedar diri, tidaklah dia megecewakan orang sesuka hatinya.

No comments:

Post a Comment