JULIA terdonggak-donggak cuba mencari kelibat Sheila dari puluhan orang di lapangan terbang tersebut. Jauh disudut hatinya terasa menyesal kerana bersetuju untuk menemani Sheila menjemput adiknya yang baru habis belajar di UK. Kalaulah dia tahu yang dia hanya akan menunggu di kereta dan ditemani oleh ‘buaya darat’ itu, pasti dia lebih rela duduk di rumah. Memang pada mulanya, dia yang meminta agar dirinya hanya tunggu di kereta apabila memandangkan Niezam beria-ria menemani Sheila. Tetapi, entah atas alasan apa yang menyebabkan lelaki itu berpatah semula ke kereta dan menemaninya pula. Huh! Memang dasar buaya tak sedar diri!
Julia mempercepatkan langkahnya apabila matanya tertancap ke arah kelibat Sheila. Bibirnya tersenyum lebar. Seraya dia melambaikan tangannya apabila Sheila mula menyedari kehadirannya, namun…
PRANG…!!!!! Julia tersentak apabila mendapati dia telah melanggar seseorang sehingga membuatkan orang tersebut jatuh terjelepuk di atas lantai. “Aauuww!!” jerit perempuan tersebut yang sudah pun duduk sambil mengosok-gosok tangannya.
Mata Julia terbeliak. “Ma..maaf!” Dia cuba membantu perempuan tersebut bangun dengan menarik lenggan perempuan itu, namun ditempis kasar. Dia mengeluh, perasaan bersalah menjalari hatinya.
“Oh my god!” jerit perempuan tersebut dengan lantang apabila memandang sekotak hadiah yang turut berada di atas lantai. Pantas dia mencapai kotak hadiah itu lalu memandang tajam kearah Julia. “You! You dah rosakkan hadiah I!” Perempuan itu bangun lalu menjengkilkan matanya memandang Julia. Wajahnya menyinga. Kotak hadiah yang baginya sudah tidak lagi bermakna itu dicampakkan semula diatas lantai. Hatinya sakit!
“I.. I’m so sorry, I tak sengaja!” luah Julia bersalah. Alamak! Pertaka apa pula yang menimpa aku ni?!
“Sengaja atau tak, you kena bayar ganti rugi!” marah perempuan itu sambil matanya meliar memandang Julia dari atas ke bawah dan ke atas semula. “Ops! Orang you ni ada duit ke nak bayar ganti rugi, I rasa beli pembalutnya pun belum tentu you mampu!” herdik perempuan itu pula.
“I.. I…”
“Yana! Apa you buat kat sini?” tegur satu suara garau dari belakang Julia. Julia yang sedikit tersentak dengan teguran itu pantas berpaling.
“Niezam! I baru balik dari Australia, you pulak buat apa kat sini?” tanya Elyana pula yang berubah sikap secara tiba-tiba. Dia mula mengukirkan sebuah senyuman manis. Tadi bukan main marah, sekarang baik pula! Memang hipokrik!
Julia yang berada ditengah-tengah tergamam, mereka saling mengenali? Huh! Memang kalau dah play boy, semua perempuan dia kenal. Lantas matanya memandang ke arah gadis sombong tadi. Cantik! Rambutnya yang ikal bawah dan berwarna coklat kemerahan, kulitnya yang putih ngebu, matanya yang galak dan dihiasi kanta lengkap berwarna ‘grey’, menyerlahkan lagi kecantikannya. Ditambah lagi tubuhnya yang tinggi lampai. Sungguh menawan! Sekali lihat, memang seperti ‘topten’ model. Kalau nak dibandingkan dengannya, memang macam langgit dan bumi.
“I just temankan my girlfriend, dia nak jemput adik dia dari UK,” balas Niezam.
“Oh, really? Teman wanita you yang ke berapa pulak ni?” sindir Elyana yang seakan terlupa apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Niezam mengetap bibir seakan terasa dengan sindiran pedas Elyana. Sempat dia memandang ke arah Julia yang ternyata masih lagi terperanjat dengan apa yang berlaku. Mungkin Julia tidak perasan yang dia mengekori gadis itu dari belakang. Tetapi dia memang kesian melihat gadis itu, tak pasal-pasal kena maki hamun, kalaulah dia tak datang, memang parahlah perempuan ini. Silap hari bulan semangat nak hidup pun dah tak ada. Lantas dia menghela nafas.
“Niezam, awak…” Julia pula bersuara, tapi dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Seakan masih terkejut dengan perkara yang baru berlaku.
Kening Elyana berkerut. “You kenal ke perempuan ni? Or… Jangan kata perempuan ini yang you maksudkan teman wanita you? Macam dah tak ada perempuan lain aje!” kutuk Elyana bersahaja. Dia memandang Julia dengan penuh kejengkelan.
“No! I tak kenal dia, kenapa? You kenal dia ke?” ujar Niezam sedikit gelabah. Menyirap pula dia dengan perempuan angkuh di hadapannya ini. Hish! Apa pula yang aku cakap tadi? Tak berang ke Julia nanti? Alah! Lagi pu mereka bukan ada apa-apa hubungan pun.
Mata Julia membulat. Tak kenal aku?! Huh! Tadi bukan main mengatal lagi, konon prihatin taknak biarkan aku duduk seorang dekat dalam kereta! Bebel Julia dalam hati.
Elyana tersenyum sinis. “Tak, I tak teringin pun nak kenal dia. Perempuan sengket macam ni, Pleaselah! Dahlah, I nak pergi dulu, parents I tunggu lama pulak nanti.” ujar Elyana angkuh. “And lagi satu, I lepaskan you kali ni, sebab I kesian tengok you! Tapi ingat, I taknak tengok muka you lagi lepas ni!” amaran keras Elyana sambil menbeliakkan matanya memandang ke arah Julia. Dia pantas mengatur langkah beredar dari situ, namun sempat dia memijak bungkusan hadiah yang sudah rosak tersebut.
“Wow! Berlagak!!” marah Julia sebaik kelibat Elyana tidak lagi kelihatan. “Kesian? Perempuan macam kau ada perasaan ke? Blahlah!!” maki Julia pula.Dia mengetap gigi.
“Biasalah, dia memang macam tu,” balas Niezam pelahan.
Julia menoleh tajam ke arah Niezam. Bertapa dia benci lelaki tersebut, tarlalu-lalu benci!
“Kalau nak marah, marah depan depan, face to face,” sambung Niezam lagi. Kali ini dia tersenyum sinis.
Julia merengus kasar. “Well, memandangkan kau tak reti nak jaga hati aku, so aku pun tak perlu nak jaga hati lelaki tak sedar diri macam kau ni! Secara jujurnya aku nak bagitahu, dari awal aku jumpa kau, aku dah benci kau! Benci kau sangat-sangat!” marah Julia. Dia terus melangkah pergi namun lengannya disentap oleh Niezam.
“Apa yang awak cakap ni?”
“Aku rasa aku belum cakap dalam bahasa india atau cina, so takkan kau tak boleh nak faham!”
“Okey, kalau sebab tadi awak marah kat saya, saya minta maaf. Tapi tak logik kalau sampai awak nak benci saya, besar sangat ke kesalahan saya?”
“Lepaslah!” marah Julia seraya menyentap lengannya dari gengaman Niezam. Dia merenung tajam ke arah Niezam. Api kemarahannya telah hangat membara.
“Kenapa ni?” soal Sheila yang baru sahaja muncul.
“Tak, tak ada apa-apa…” ujar Julia mengelabah.
“Ini masalah I dengan Julia, tak ada kena mengena dengan you. Harap you boleh bagi I ruang untuk bercakap dengan Julia,” pinta Niezam tanpa rasa bersalah.
Sheila tergamam, pertama kali Niezam bersikap dingin dengannya. “Oh! okey, sure…” pelahan Sheila bersuara, dia tersenyum kelat. Hatinya sediki tersentuh, dan perasaan cemburu mula menyelinap masuk di jiwanya.
“Aku rasa kalau cakap depan Sheila pun tak ada apa-apa masalah, tak ada benda yang penting pun untuk dibincangkan!” ujar Julia sambil menjeling kearah Niezam.
“Julia please…” ujar Niezam separuh memujuk.
Adoi! Mati aku! Mamat ni tak faham bahasa ke? Ada ke patut dia buat awek dia macam tu? Teruk betul! Rungut Julia dalam hati.
“Perempuan tadi, aku rasa Sheila, kau mesti perasankan perempuan yang aku langgar tadi, kita orang tengah bincang pasal dia. Iye lah, aku rosakkan barang dia, dan dia minta ganti rugi. Jadi kebetulan Niezam kenal perempuan tu, itu aje! tak ada apa-apa yang penting. Betul tak Niezam?” ujar Julia dengan ayat sedikit berterabur.
Niezam mengeluh. “I tunggu kat kereta,” ujarnya tanpa menolah ke arah Julia. Dia melangkah pergi dengan hati yang tak keruan.
Sheila mengangguk. Lantas dia beredar sambil menarik sebuah bagasi ditangan. Manakala Shima, adik Shiela hanya menurut dari belakang.
MELALUI cermin pandang belakang, Julia sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh lelaki yang sedang memandu kereta tersebut. Namun dia sengaja membiarkan dan berpura-pura tidak perasan, mungkin ini adalah cara terbaik untuk masa sekarang.
“Honey, I nak singgah starbucks sekejap, I ada urusan penting yang perlu di selesaikan. Harap you boleh tunggu I dalam kereta?” ujar Niezam lalu membelokkan keretanya memasuki lorong deretan kedai sebelum menemui tempat parking.
Sheila terdiam, tak sempat berkata apa-apa lelaki itu telah pun melangkah keluar dari perut kereta lalu memasuki Starbucks yang behadapan dengan keretanya.
“Ikut suka dia aje nak buat apa pun, tak reti nak jaga hati kau langsung!” bebel Julia geram.
Sheila hanya membisu, memang dia terasa dengan kata-kata Julia. Lelaki itu seakan sudah tidak peduli tentang dirinya, hatinya dan perasaannya. Adakah dia sudah bosan? Huh! Sebutir mutiara jernih mula bergenang dikelopak mata. Namun dikesat pelahan, bimbang jika di sedari Julia dan adiknya, Shima.
Hampir sepuluh minit menunggu, namun kelibat Niezam masih tidak kelihatan. Nasib baik lelaki itu tidak mematikan enjin kereta, kalau tidak pasti sudah kepanasan mereka.
Julia mula kebosanan menunggu didalam kereta, dia menolehkan pandangannya ke luar tingkap. Namun tiba-tiba matanya tertancap pada satu batang tubuh yang baru keluar dari Starbucks tersebut. Kacak! Tubuhnya yang tegap, kulitnya yang putih, rambutnya perang semula jadi, hidung yang mancung, dan yang paling cun sekali, biji matanya yang warna kehijauan semula jadi. Mungkin dia ada darah campuran, sebab itu wajahnya begitu sempurna. Memang dia tak dapat nak menafikan, kalau pandang lelaki itu lama-lama, silap hari bulan isteri orang pun boleh lupa yang dia dah bersuami. Julia mula tersenyum nakal.
“Sorry, sebab terpaksa buat korang menunggu,” sapa Niezam.
Julia tersentak lalu menoleh ke arah Niezam.
“Tak apa, tak lama pun I tunggu,” balas Sheila sambil tersenyum manis.
“Urusan apa yang penting sangat sampai kau main blah macam tu aje?” soal Julia sedikit marah. Bayang lelaki tadi sudah hilang di sebalik kereta BMW 5 series berwarna hitam.
“Urusan aku dengan kawan aku, dia ada masalah sikit. Itulah yang aku kena pergi juga, sorry sekali lagi,” jawab Niezam sambil mengundurkan keretanya ke belakang.
“Kawan ke awek?” sindir Julia tajam.
“Jue!” marah Sheila.
“Ops! Sorry,” ucap Julia berbaur sinis.
Niezam mengetap bibirnya. Dia semakin hilang sabar dengan perempuan itu. Namun dia masih gagal mentafsir hatinya. Mengapa dia terasa seperti orang bodoh apabila berhadapan dengan Julia? Apakah yang bermungkim dihatinya? Argghh!! Gadis itu hanya gadis biasa, tidak ada apa-apa yang menarik! Memang dia mempunyai wajah yang ayu, tapi tidaklah secantik mana, biasa-biasa aje! Jika nak dibandingkan dengan girlfriend dia yang keliling pinggang, memang Julia tidak akan tersenarai. Sudahlah tak pandai bergaya, tubuh rendah, dan mulut tak ada insurans! Memang tak ada langsung ciri-ciri perempuan idamannya.
*********************************************************
BUNYI lagu yang rancak dan lampu yang samar-samar langsung tidak dapat menghiburkan hatinya. Sekali sekala matanya memandang ke arah beberapa orang yang sedang menari sambil berpelukkan. Dan ada juga yang sedang bercumbu di satu sudut yang agak gelap.
Danny menyelak rambutnya yang jatuh menutupi dahi. Sekali lagi air kencing syaitan diteguk sedikit. Dia tertekan! Sangat-sangat tertekan!! Dunianya terasa kelam. Bertapa dia terseksa dengan hidup bergini. Bayangan Farah masih terus menganggu hidupnya, bertapa dia menyintai gadis itu. Sejak mak dia meninggal, pelbagai masalah datang menimpanya. Dan hanya Farah tempat dia meluahkan segala rasa, namun apabila gadis itu pergi. Hidupnya terasa kosong, tidak ada apa-apa makna!
“Boleh I join,” sapa seorang gadis berpakaian sungguh seksi yang jelas menunjukkan sebahagian dadanya, lengannya dan pehanya yang ngebu. Dia mula tersenyum mengoda memandang Danny, lelaki berdarah campuran tersebut.
Danny menoleh ke arah perempuan tersebut, lalu memandang ke hadapan semula. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi berminat dengan godaannya.
Spontan perempuan tersebut mengambil sebotol air kencing syaitan lalu dinuangkan ke dalam cawan Danny dengan gaya yang penuh mengoda. Namun masih tidak dapat menarik minat lelaki itu. Apa tak ada nafsukah lelaki itu? Huh! Dia mula rasa tercabar. Dia menarik kerusinya merapati Danny sambil tersenyum penuh makna.
“Blah!” ujar Danny ringkas. Langsung tidak menoleh kearah perempuan tersebut. Wajah perempuan tersebut berkerut. “Kau faham bahasa tak? Blah!!” Danny menhentap meja. Perempuan tersebut terkesima. Terkejut dengan sikap Danny yang berang tiba-tiba. Seperti lipas kudung dia beredar dari situ, wajahnya masam.
Danny mengeluh. Dia mengeluarkan dompetnya dari kocek seluar berlakang, sekeping seratus diambil lalu di letakkan dia atas meja. Pelahan dia melangkah keluar dari disko tersebut. Dia memasuki perut kereta BMW series 5. Dia duduk membisu di dalam keretanya itu, lama dia termenung disitu. Dia meraut wajah, sikapnya persis orang yang sudah hilang akal.
“Farah,” ucapnya pelahan. Dia mengeluh. “You make me crazy,” sambungnya lagi seakan tak bermaya. Seraya wajah Farah bermain di fikirannya. Dapat dilihatnya Farah seakan sedang tersenyum mengejek melihat kesengsaraan hidupnya. “Aarrrrrgggggghhhhhh……..!!” jeritnya sekuat hati sambil menghentak stering keretanya.
JULIA tersentak dari tidurnya. Wajahnya berpeluh, dia beristifar pelahan. Hatinya jadi tak keruan, seperti ada sesuatu berlaku. Di mengurut dada. Pelahan dia mencapai jam loceng di almari kecil bersebelahan katil, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia mengeluh.
“Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku!” ucap Julia. Dia masih dalam kebingunggan, entah apa yang menyebabkan dia terjaga dari tidur. Dia tidak tahu. ea rah yang pasti, hatinya bimbang dan gelisah, bagai ada yang tak kena.
Dia baring semula, selimutnya ditarik hingga ke paras dada. Pelahan dia cuba melelapkan mata. Akhirnya lenanya bertamu kembali.
No comments:
Post a Comment