DERUAN ombak memukul pantai kedengaran sungguh mengasyikkan. Burung-burung yang bertebangan turut menyanyi riang, dedaun pohon kelapa yang meliuk-lintuk di tiup angin mengindahkan lagi suasana pada petang itu. Sungguh mempersonakan. Ditepi pantai itu terdapat dua kelibat yang sedang berjalan sambil tangannya memegang selipar. Ombak yang sekali-sekala menyambar memadamkan ukiran kaki yang terdapat di pasir itu. Namun sayang, ketenangan yang tercipta dipantai itu langsung tidak dapat menghilangkan debaran yang melanda dijiwa seorang gadis.
Langkahnya diatur pelahan, kalau boleh dia mahu detik ini berlalu dengan lambat. Dia mahu bersama dengan insan yang sangat dicintai, kerana dia tahu satu perpisahan akan tercipta. Walaupun hatinya tidak merelakan, tapi dia tiada pilihan lain. Rambut yang panjang paras dada di raut ke belakang untuk kesekian kalinya, namun rambut itu tetap menari-nari apabila ditiup angin.
“Abang nak Julia balik dengan sekeping ijazah ditangan, itulah satu-satunya harapan abang. Abang nak Julia berjaya dalam hidup,” ujar Adam sambil menatap sepasang mata bundar milik Julia.
Julia menganggukkan kepalanya. Pandangannya dijatuhkan ke tanah, entah kenapa hatinya tiba-tiba berkocak hebat.
“Jaga diri baik-baik, Julia. Ingat yang Julia tu perempuan, so jaga sikap apabila berada disana nanti, abang taknak Julia hanyut atau leka, jaga batas pergaulan,” sambungnya lagi.
Walaupun Julia mendengar setiap kata-kata yang keluar dari bibir Adam, namun hakikatnya bukan itulah yang diinginkan. Kalau boleh, dia mahu Adam ungkapkan kata-kata cinta, dan pintanya supaya setia, serta berjanji akan menunggunya sampailah dia benar-benar menjadi milik Adam. Itulah yang diharapkan oleh si pemuja, yang memuja kasih dari insan yang amat dicintai. Sayang sekali, dari sikap Adam tiada langsung pertanda untuk berbuat demikian, dia sangat perahsia. Walaupun mereka kenal sejak kecil, namun Julia langsung tidak dapat memahami Adam. Wajah tenang yang sering dipamerkan oleh Adamlah yang menutupi segala perihal tentang dirinya, sedih kah? Gembirakah? Dia tidak mengetahui. Hati lelaki itu terlalu sukar ditafsir. Hanya keyakinan bahawa bahagia akan dikecapi apabila bersama Adam yang mambuatkan cintanya berputik dan makin berkembang. Malah kini, keinginan untuk memiliki lelaki tersebut semakin membuak-buak, sehingga dia rasa terseksa andai berjauhan dengan Adam walaupun untuk sedetik cuma.
“Julia,” seru Adam.
Julia tersentak, pantas di memandang ke wajah Adam. Dan di saat matanya bertemu dengan mata Adam, hatinya jadi gementar.
“Julia dengar tak apa yang abang cakap ni?” soal Adam tenang, dan wajah tenang itulah yang telah berjaya mencairkan hatinya.
Soalan yang keluar dari bibir Adam telah membuatkan Julia terkesima. Tak sangka dia telah jauh mengelamun. “Dengar,” balasnya terpaksa berbohong.
Adam tersenyum. Mereka kembali berjalan beringingan. “Abang ingat Julia dah sampai ke planet marikh tadi,” usik Adam sambil tersenyum nakal.
“Abang ni, tak baik cakap macam tu. Julia ada kat sinilah, kat sisi abang,” balas Julia dengan wajah kemerahan. Serentak Adam ketawa, lucu melihat riak wajah yang ditonjolkan Julia.
“Suka sangat mengusik orang,” rungut Julia geram. Wajahnya mencuka, muncungnya ditarik panjang.
“Alah usik sikit pun dah tarik muka, manja betul,” ujar Adam lagi bersama sisa tawanya.
“Mana ada manjalah, abang tu yang jahat sangat. Suka kenakan Julia.”
“Siapa suruh Julia buat muka cute bila marah.”
“Bila pulak Julia buat muka cute?”
“Tu..” ujar Adam sambil jarinya ditunjukkan ke arah wajah Julia. Serentak sebuah cubitan hinggap dipinggang Adam. “Aduhh..!” jerit Adam yang mengeliat sambil tangannya mengosok pinggang yang terasa sakit dek cubitan Julia tadi. Kali ini giliran Julia pula yang ketawa terkekeh-kekeh.
“Padan muka!” ujar Julia sambil menunjukkan ibu jarinya. Gayanya persis budak kecil yang sedang mengejek rakan sebayanya. Adam mencengkak pingang. Julia segera berlari anak apabila Adam mula mengejarnya, namun baru beberapa tapak diaturkan, Adam sudah pun dapat menangkapnya. Serentak mereka ketawa.
Apabila ketawa reda, mereka kembali mengatur langkah semula. Masing-masing hanya membisu dan melayani perasaan sendiri. Petang yang indah itu terasa seakan sepi. Disaat itu, diminda Julia hanya ada Adam, dia tidak mampu untuk meninggalkan lelaki tu. Walaupun dia sedar, perpisahan yang bakal tercipta kini bukanlah untuk selamanya. Namun hatinya tetap digaru kebimbangan.
“Julia tak tahulah kenapa hati Julia berat sangat nak tinggalkan abang,” luah Julia memecah kesunyian. Wajahnya serius. Entah kenapa tiba-tiba hatinya diturjah dengan rasa sebak, dia dapat rasakan bahawa mereka akan terpisah dalam jangka masa yang sangat lama. Dan pada ketika itu, apa yang harus dilakukan andai badai rindu menghempas kalbu? Dapatkah dia menahan keperitan sebuah perpisahan? Dia buntu.
“Julia risau kita tak akan jumpa lagi ke?” soal Adam. Wajah tenang itu kelihatan serius.
“Bukan, tapi Julia…”
“Abang akan tunggu Julia, abang nak lihat Julia pulang dengan sekeping ijazah, Julia jangan risau, selagi Allah mengizinkan kita bertemu, selagi itu abang akan nanti kepulangan Julia,” luah Adam memotong percakapan Julia. Wajah tenang itu mula kelihatan keruh sedikit.
“Abang janji yang abang akan tunggu Julia?”
Adam menganggukkan kepalanya. “Janji,” ujar Adam sambil tersenyum kelat. Seraut wajahnya terpancar kebimbangan.
Julia tersenyum lebar, hatinya mula berbunga ceria mendengar kata-kata Adam. Sebait ayat indah yang keluar dari bibir Adam baginya bagaikan cahaya yang menerangi kesuraman hidupnya. Dia benar-benar bahagia disamping lelaki itu.
“Julia akan belajar rajin-rajin, bang. Julia nak abang jadi orang pertama yang raikan kejayaan Julia…” Wajah Adam dipandang dengan penuh keyakinan.
“Macam tu lah adik abang,” ujar Adam sambil mengosok kepala Julia. Gayanya persis sebagai seorang abang terhadap adiknya.
Senyuman mekar yang menghiasi wajah Julia tiba-tiba hilang. Dia sudah jemu mendengar perkataan yang sering keluar dari bibir Adam. Tak habis-habis mengelar dirinya abang dan Julia adik. Huh!! Dia betul-betul bosan.
Adam merenung wajah Julia. Disaat itu dia terasa bagai ada sesuatu mengusik hatinya, namun pantas ditepis rasa itu pergi. Pandangnya dipalingkan dari terus menatap wajah manis itu, bimbang sekiranya dia tidak dapat mengawal perasaan. Sesungguhnya dia akui bahawa bertapa peritnya hatinya untuk melepaskan Julia. Kerana hanya gadis itu sahaja yang telah berjaya merebut tahkta disanubarinya.
“Abang…” seru Julia pelahan.
Adam menolehkan pandangan ke arah Julia semula. Gadis itu menundukkan wajah, namun dapat dia meneka perihal perkara yang bermain dijiwa gadis itu. Pastinya gadis itu sedang memikirkan suatu perkara yang bisa merunsingkan fikiran.
“Kenapa?” soal Adam apabila gadis itu terus membisu.
Debaran di dada Julia kian kencang. Jauh di sudut hati, dia telahpun mangambil keputusan untuk menamatkan segalanya. Dia ingin menamatkan permainan ini, dan dia ingin menamatkan segala teka-teki. Dia sudah nekad, antara kecewa atau bahagia, dia tidak kisah. Apa yang penting, hati lelaki itu mesti diterokai. Bicara cinta harus diungkap juga!
“Julia ada masalah ke?” soal Adam lagi. Langkahnya terhenti.
Julia menarik nafas dalam, lalu dihembuskan pelahan. Cuba mengusir segala perasaan yang membuatkan dirinya tidak keruan. Wajah Adam di tatap, mengharap agar Adam bisa membaca perasaannya melalui sinaran mata.
“Ju… Julia…” ucap Julia gagap. Dia berjeda lama sebelum menyambungkan kembali kata-katanya. “Julia ra.. rasa.. Ju.. Julia…”
“Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Adam cemas. Dia semakin hairan melihat sikap Julia.
Julia mengelang pelahan. Peluh kian memercik-mercik di dahi, dan sekali-sekala mengelongsor jatuh. Denyutan jantungnya semakin kencang, pucat lesi mukanya saat itu. Namun digagahi jua untuk mengungkapkan kata, tetapi dia tidak berupaya. Bibirnya kian membeku, dan lidahnya terasa kelu untuk berkata, manakala keronkongnya terasa tersekat. Segalanya serba tak kena.
Spontan tangan Adam menjamah dahi Julia, “Julia tak sihat ke?” duga Adam.
Julia mengeleng lagi. “Bukan.. tapi..huh!”
“Tapi apa?”
“Tak ada apalah,” akhirnya Julia mengalah. Ternyata dia tidak berdaya menglafaz kata cinta, dia betul-betul tidak miliki kekuatan itu.
“Betul Julia tak apa-apa ni?”
Julia mengangguk seraya mengukir senyum.
“Jomlah, abang hantar Julia pulang.”
Julia mengangguk setuju.
“Abang… Julia risau abang takkan tunggu Julia, Julia taknak abang tinggalkan Julia. Walau apapun yang terjadi, Julia nak abang sentiasa disisi Julia. Boleh?”
Adam mengangguk deras. “Abang akan sentiasa jaga Julia, itu janji abang pada Julia sejak kecil lagi, abang tak akan mungkiri janji abang, melainkan takdir yang memaksa abang,” ucap Adam. Entah yakin atau tidak akan janji yang dilafazkan itu, dia tidak peduli. Walaupun jauh disudut hati, dia tahu bahawa janji yang terucap itu hanya akan tinggal janji sahaja, tidak mungkinkan termakbul..
LANGKAH kaki yang diatur tiba-tiba terhenti. Seraya matanya memandang ke arah sebuah rumah usang yang telah ditinggalkan hampir tiga tahun itu. Tubuhnya tiba-tiba menggigil. Tergamam dia tidak terkata. Pantas dia berlari memasuki rumah itu. Pintu rumah ditolak deras. Matanya merayap ke sekeliling rumah. Kosong dan berhabuk. Dia memalingkan pandangannya ke halaman rumah yang sudah ditumbuhi lalang. Pelahan air matanya mengalir. “Abang tipu,” ujarnya pelahan. Segulung ijazah yang dipegang sedari tadi terlepas dari gengaman. Dia jatuh melutut. “Abang kata abang akan tunggu Julia,” rintihnya. Lantas tangisannya mula kedengaran mendayu-dayu memecahkan kesunyian rumah usang itu.
Julia melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu melabuhkan punggungnya disofa. Segulung ijazah yang sedikit komot diletakkan diatas meja kecil. Dia mengerling ke arah ibunya yang kebetulan muncul dihadapan pintu dapur.
“Julia pergi mana tadi?” soal puan Maria pura-pura tidak tahu. Hakikatnya dia sudah dapat mengagak bahawa Julia pasti akan pergi mencari Adam di rumahnya.
Julia mengelengkan kepalanya. Bibirnya berat untuk mengungkapkan kata. Dia bimbang jika dia tidak dapat mengawal perasaannya. Tidak dia menyangka bahawa Adam akan memungkiri janjinya, padahal selama ini dia adalah seorang yang jujur, amanah, dan berpegang teguh pada janji yang dilafazkan.
Puan Maria mengeluh. Sedikit hampa apabila soalannya dibiarkan sepi. Namun dia tidak boleh membiarkan anaknya itu menanggung kesedihan seorang diri. Jika Adam ada, pasti dibahu Adamlah tempat anaknya menangis, dan pada Adamlah anaknya meluahkan segala masalah. Namun bukan jodoh mereka untuk terus bersama, takdir telah menentukan segalanya.
“Julia cari Adam?”
Wajah puan Maria ditenung dalam. Pelahan dia menganggukan kepalanya. “Adam dah pindah, dia tinggalkan Julia. Dia dah mungkiri janji dia pada Julia…” luah Julia dengan suara yang sedikit serak.
Puan Maria mengelengkan kepalanya. Dia mangeluh pelahan.
“Kenapa mak tak bagitahu Julia yang Adam dah pindah?”
Puan Maria menundukkan wajahnya. Perasaan bersalah mula menjalari hatinya. “Sudahlah Julia, lupakan Adam. Anggap aje dia tak pernah hadir dalam hidup Julia...”
“Apa yang mak cakap ni?”
Puan Maria menundukkan wajahnya. Dia hanya membisu seribu bahasa, dimindanya cuba menyusun kata-kata agar Julia tidak tersinggung atau terluka.
Julia terus menatap wajah ibunya, namun dia hampa apabila ibunya terus membisu. “Tak apalah mak, Julia faham. Mungkin mak tak suka tengok Julia dengan Adam,” luah Julia. Dia bingkas bangun dari kerusi sofa lalu berlari anak masuk ke kamar tidurnya.
Puan Maria mengeluh, dia kian kebuntuan. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Walaupun dia turut merasa kecewa apabila impiannya untuk menyatukan Julia dengan Adam tidak terlaksana.
Julia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Di situ dia menangis semahu-mahunya. Kenangan bersama Adam kian datang bertandang di minda, sehingga membuatkan hati gadis itu bertambah sakit Sedangkan air matanya tidak tertahan lagi, semakin lebat membanjiri pipi gebunya. Saat itu kepalanya terasa berat, bebanan yang menghimpitnya bagaikan tak tertanggung lagi. Tidak tahu ke mana harus dia bawa hati yang luka ini.
No comments:
Post a Comment