MALAM telah pun melabuhkan tirainya, bintang juga sudah bertaburan di dada langit. Manakala cahaya bulan samar-samar kelihatan dek terselindung dibalik awan kelam. Sunyi dan sepi mengiringi suasana disebuah rumah teres satu tingkat. Julia yang duduk di atas kerusi sofa terus membayangkan segala nasib yang telah menimpanya, tidak ada satu pun yang terlepas dari rawang ingatannya.
Beberapa keluhan dilepaskan, ternyata hampir 70% kenangan bersama Adam hadir menggaru tangkal hatinya. Bertapa dia merindui Adam, tetapi dimanakah pemuda itu sudah menghilangkan diri? Walaupun dia sudah acap kali berusaha melupakan lelaki tersebut, namun segalanya hanya menemui jalan buntu. Dia terlalu mencintai Adam, hanya nama itu yang layak ada dalam hatinya. Kalau boleh, mahu sahaja dia menjerit memanggil nama Adam sekuat hati, mengharap Adam akan hadir menyambut seruan cintanya.
Pintu rumah terkuak, pantas Julia menolehkan pandangannya ke arah pintu tersebut. Kelihatan Sheila sedang melangkah masuk sambil menyanyi kecil bersama senyuman yang terukir dibibir. Dia benar-benar kelihatan bahagia.
“Gembira nampak, ada apa-apa ke?” sapa Julia sambil tersenyum lebar, kalau boleh dia ingin berkongsi rasa dengan kawannya itu.
Sheila tersenggih. “Mana ada lah, kau ni kalau tak sakat aku sehari tak sah hidup,” balas Sheila lalu duduk di hadapan Julia. Kakinya disilangkan, skirt jeans pendek yang dipakainya menampakkan bahagian pehanya yang putih gebu. Benar-benar meliurkan bagi pandangan kaum lelaki, tambahan pula wajahnya yang sememangnya cantik itu disolek sedikit bagi menonjolkan lagi kejelitaan.
“Alah tak payah sembunyilah, daripada raut wajah kau yang berseri-seri tu aku dapat agak,” ujar Julia sebelum menyambung kembali ayatnya. “Untunglah ada orang sedang dilamun cinta, tapi siapalah agaknya lelaki malang tu kan?”
Sheila membeliakkan matanya. Julia pula ketawa berdekah-dekah. “Jue, tak baik tau!” Sheila mula menarik muncungnya.
“Okey, aku gurau, siapalah lelaki bertuah itu kan?” Julia mula tersenggih.
“Dah mulalah mengada-ngada tu, tersengih-senggih macam kerang busuk!”
Serentak mereka ketawa.
“Baru lepas ‘dating’ ke?” teka Julia cuba mengorek rahsia.
“Tak adalah, sebenarnya dia baru call aku tadi, dia nak ajak aku dinner. Lagipun aku memang nak sangat jumpa dia, dah lama aku tak jumpa dia, sebab dia tu asyik bussy aje,” terang Sheila sambil tersenyum lebar.
“Lah iye ke, baguslah, patutlah kau nampak happy semacam aje. Dah berapa lama kau kenal dia?”
“Sebenarnya aku baru kenal dia dua bulan, tapi aku rasa yang aku betul-betul sayangkan dia, entah magic apa dia guna.”
“Itulah keajaiban cinta namanya,” balas Julia sambil mencuit hidung mancung milik Sheila. Gadis itu menjerit kecil sebelum ketawa terkekeh-kekeh.
“Dahlah aku nak bersiap, nanti kalau dia datang. Kau bagi dia masuk tau!” pinta Sheila setelah ketawanya reda.
Kening Julia berkerut.
“Alah, bagi aje dia masuk. Lagipun kau pun tahu aku bersiap lama kan? So aku taknak dia tunggu lama kat luar tu nanti,” sambung Sheila. Dia bingkas bangkit dan menghilang disebalik pintu.
Julia mengeluh, dia tidak sampai hati mahu membantah kata-kata Sheila. Walaupun dia tahu dia tidak boleh membenarkan lelaki yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya, tambahan lagi dia hanya tinggal berdua. Julia mencapai remote televisyen, dia menekan punat merah di remote tersebut, lalu bersandar lemah diatas sofa tersebut.
Selang beberapa minit dari itu, ketukkan pintu kedengaran, Julia mematikan suara televisyen tersebut. Dia bangkit lalu menghampiri pintu, seperti sudah mengagak gerangan yang hadir, dia terus menguak pintu itu. Namun dia tergamam apabila memandang kelibat yang sedang terpacak dihadapan pintu tersebut, matanya mula meliar memandang dari atas ke bawah dan ke atas semula.
“Awak?” terpancul perkataan itu dari bibir Julia.
Wajah Niezam berkerut. “Awak kenal saya ke?”
Soalan yang keluar dari mulut Niezam menyedarkan Julia kembali, memang mereka tak pernah berkenalan. Hanya dia sahaja yang pernah melihat Niezam, lelaki yang di serang direstaurant petang semalam. Memang itulah dia, Julia memang tak salah lagi. Dasar buaya! Getus hatinya. “Tak, tapi saya macam pernah nampak awak,” balas Julia cuba berwajah selamba.
“Oh yeke? Saya ingat ini pertemuan pertama kita,” ujar Niezam sambil merenung wajah Julia.
Julia mencebik. “Mungkin bagi awak ini pertemuan pertama,” balas Julia acuh tak acuh Tubuhnya disandarkan ke pintu sambil tangannya memeluk tubuh..
Niezam tersenyum. “Nice to meet you. Tak sangka yang Sheila ada kawan secantik awak,” puji Niezam, matanya tidak lepas dari terus merenung wajah manis itu.
Wajah Julia berkerut melihat sikap Niezam. Cara dia merenung, kata-katanya, cukup meremangkan bulu roma. “Tunggu ye, saya pergi panggil Shiela,” helahnya, mungkin ini sahaja cara untuk melarikan diri dari suasana yang menjengkelkan ini. Dia cuba menutup pintu, namun sempat ditahan oleh Niezam. Wajah Julia berkerut.
“Awak nak biarkan saya tunggu seorang kat luar?”
“Iyelah, lagipun rumah saya bukannya ada hantu,” balasnya ringkas. Dia cuba menutup pintu semula, tetapi sekali lagi dihalang oleh Niezam.
“Taknak bagi saya masuk?”
Julia terdiam. Dia mula teringat akan permintaan Sheila. Dia memandang Niezam lalu menganggukkan kepalanya, daun pintu di buka luas. Dia melangkah ke sofa, Niezam hanya menyusur di belakangnya.
“Rumah ni walaupun kecil, tapi cantik, hiasannya menarik,” puji Niezam sambil matanya meliar di sekeliling ruang tamu kecil itu. Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa, lalu matanya tertumpu ke arah Julia semula.
Julia mula tidak sedap hati apabila direnung begitu, dia mempamerkan wajah masam. Ikutkan hati mahu sahaja dia memboloskan diri di kamarnya, tetapi dia tidak boleh membiarkan Niezam seorang diri diruang tamu. Tambahan pula dia tidak mengenali lelaki tersebut.
“Oh iye, seingat sayalah, kita belum berkenalan lagikan. Saya Niezam, panggil Ijam aje,” Niezam menghulurkan tangannya.
Julia memeluk tubuhnya lalu menyandar ke sofa. “Julia, Juliana,” ujarnya. Tangan Niezam dipandang sepi, sengaja dia pamerkan aksi begitu sebagai tanda dia tidak berminat untuk berkenalan.
Niezam tersenyum kelat seraya menjatuhkan semula tangannya. “Sedap nama awak.”
“Thank,” balasnya acuh tak acuh. Dia mencapai remote televisyen lalu menguatkan bunyinya, tumpuannya dialihkan ke siaran yang sedang ditayangkan. Hanya cara ini sahaja dia dapat mengelakkan diri dari terus berbual dengan lelaki buaya tersebut. Bimbang sekiranya silap hari bulan dia pula yang terkena jerat.
Mata Niezam terus memandang ke arah Julia, cuba mencari topik perbualan. Tetapi akalya mati apabila melihat Julia terlalu kusyuk menonton televisyen. Akhirnya dia mengeluh tanda putus asa. Tidak lama dari itu, Sheila keluar dari kamarnya dengan memakai dress tanpa lengan dan hanya menutupi sebahagian pehanya, sungguh menawan. Niezam meneguk liur, namun baginya itu perkara biasa, dia sudah bergandingan dengan ramai lagi wanita, dan ada yang lebih cantik dan seksi lagi daripada Sheila.
“You’re really beautiful honey,” puji Niezam sambil tersenyum manis.
Sheila mula tersenyum sipu. Merah wajahnya apabila mendengar pujian daripada Niezam, renungan tajam dari Niezam sungguh mengasyikkan. Seakan memberi tanda bahagia sedang menanti di hadapan. “Really?”
Niezam bangkit lalu menghampiri Shiela. Tangan Shiela disambar lalu dia menarik Shiela ke sisinya. “Yes, you pakai apa pun tetap kelihatan cantik. Dan kalau you nak tahu, you adalah wanita paling tercantik didunia ini tau!” bisik Niezam ke dalam telinga Shiela. Sheila menundukkannya wajahnya. Serentak mereka berjalan beringingan keluar dari rumah tersebut. Namun Niezam sempat merenung dan melemparkan senyuman pada Julia sebelum melangkah pergi. Julia pula hanya mempamerkan wajah selamba
“HISH! Aku cakap dia tu player, Kau taknak percaya!”
“Jue, kau cakap baik sikit, jangan ikut sedap mulut aje!”
“Okey, what everlah, kau nak percaya atau tak, terserah!” balas Julia. Dia beredar dari dapur lalu melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu, wajahnya masam mencuka.
Shiela meletakan cawan ke dalam singki. Dia menghela nafas, dia turut mengikuti jejak Julia dan melabuhkan punggungnya disebelah Julia. “Aku tahu niat kau baik, tapi kau tak boleh nak tuduh dia sesuka hati. kau pun tahukan yang aku sayangkan dia sangat, dan aku percaya yang dia pasti sayangkan aku juga,”
“Ila, aku takkan buat tuduhan tanpa sebab.”
Sheila meraut rambutnya kebelakang. Dia memperbetulkan kedudukannya menghadap kearah Julia. “So kau nak cakap tuduhan kau ni bersebab?”
Julia menganggukkan kepalanya dua kali.
“Apa sebab dia?”
“Perempuan yang call kau pagi tadi tu, “ Julia sengaja berjeda. Dia menarik nafas, lalu memandang wajah Sheila sebelum menyambung kembali kata-katanya. “Siapa?”
“Niezam cakap perempuan tu kawan dia, lagipun perempuan tu memang dah lama menaruh perasaan kat Niezam. So tak hairanlah kalau dia cuba pisahkan aku dengan Niezam,” terang Sheila penuh yakin.
“Jadi kau percaya?”
Sheila menganggukkan kepalanya dua kali.
“Kau ni terlalu lurus, Ila. Kalau kau nak tahu, alasan tu langsung tak boleh masuk akal.” Julia merengus kasar.
“iye lah, aku lurus! Habis aku nak buat macam mana lagi? That is small problem, takkan aku nak perbesarkan. Dahlah, aku malas nak fikir!” Sheila bingkas dari duduknya lalu menghilangkan diri didalam bilik.
****************************************************************
RAMBUT yang keperangan melepasi dahi diseka ke belakang. Biji matanya yang kehijauan itu terus merenung sekeping gambar, pelahan tangannya mengoyakkan gambar itu kepada dua bahagian, dan lalu gambar itu diceraikan menjadi sepirhan kecil sebelum dicampakkan ke dalam bakul sampah. Riak wajahnya jelas terpancar kebencian.
Tali leher ditarik ke bawah sedikit apabila terasa panas, lantas tangannya diletakkan dibelakang kepala sebelum tubuhnya disandarkan ke kerusi. Dia memejam mata, nafasnya turun naik. Beberapa minit matanya dibuka semula, dia bangkit dari kerusi lalu berjalan ke hulur dan ke hilir. Fikirannya kusut, Dia berhenti ditepi meja sambil mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal, mata dipejamkan bagai memikirkan sesuatu. Wajahnya berkerut, dia kembali duduk diatas kerusi. Nafasnya ditarik dalam, pantas dia mencapai gangang telefon lalu menekan punat telefon itu.
“Suruh Ika masuk ke bilik I sekarang,” ujarnya tegas. Gangang diletakkan semula. Dia meraup wajahnya. Tidak lama selepas itu bunyi ketukan pintu kedengaran.
“Masuk!” serunya.
Seorang perempuan yang memakai kemeja biru dan seluar hitam melangkah masuk lalu berdiri tegak dihadapan meja lelaki tersebut.
“I nak you uruskan hal pencarian pekerja baru, dan kalau boleh I nak adakan temu duga secepat mungkin, faham?”
“Faham,” jawab Ika sambil menganggukkan kepalanya. Pandanganya di jatuhkan ke lantai, tidak berani untuk melihat wajah menyinga lelaki tersebut.
“Good.” Lelaki itu bangkit lalu mencapai beg kulitnya yang berwarna hitam sebelum melangkah beredar dari bilik itu.
1xbet korean bitcoin vybet vybet bitcoin wagering __99bet99
ReplyDelete1xbet korean bitcoin vybet vybet bitcoin 1xbet wagering, no deposit kadangpintar bonus for งานออนไลน์ 2021-12-11 01:00. 2021-12-11 07:00. 2021-12-10 10:40. 2021-12-10 05:40. 2021-12-10 04:30. 2021-12-10 01:30. 2021-12-10 00:00.